jump to navigation

Masa dah tiba untuk Rafidah tunai janji letak jawatan October 20, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Bila Lagi hang nak resign???Pencalonan bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendapat 40 pencalonan dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

shahrizat abdul jalilWalaupun naib ketua Wanita Umno sebelum ini telah menyatakan tidak berhasrat bertanding merebut ketua Wanita, namun beliau teruskan dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Sebanyak 14 bahagian Wanita mengadakan mesyuarat perwakilan hari ini. Daripada jumlah tersebut, tujuh bahagian telah mencalonkan Shahrizat.

Bahagian-bahagian itu adalah Kepala Batas, Tanjong, Bukit Mertajam, Tambun, Gopeng, Kudat dan Wangsa Maju.

Had minima kelayakan untuk bertanding jawatan ketua Wanita ialah 39 pencalonan.

pencalonan wanita umno 191008Sementara itu,  penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz menerima sokongan dari empat bahagian Umno lagi, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 75, dan begitu juga Shahrizat bagi jawatan naib ketua. 

Gandingan Rafidah-Shahrizat menerima pencalonan masing-masing hari ini daripada Wanita Umno bahagian Parit Sulong, Pasir Salak, Ayer Hitam dan Pulai..
    
Sementara itu, ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar  Datuk Kamilia Ibrahim hari ini layak bertanding jawatan naib ketua, selepas jumlah pencalonannya melepasi had kelayakan minima 20 pencalonan.

Beliau menerima dua pencalonan, termasuk dari Kepala Batas serta Gopeng, untuk mengumpul 26 pencalonan. Shahrizat juga layak bertanding naib ketua.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula menerima satu lagi pencalonan daripada bahagian Tanjung, menjadikan jumlahnya enam pencalonannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan menerima pencalonan pertama daripada Wanita Umno bahagian Kudat untuk membolehkannya menyertai saingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita.

Bagi jawatan yang sama, Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique kekal dengan dua pencalonan manakala Exco Wanita Pusat Dr Norraesah Mohamad pula satu pencalonan.

Comments»

1. Pak ulong - October 20, 2008

Rafidah dah tua, Sharizat dah tewas dalam pilihanraya. Maka itu kedua duanya harus memberi peluang pada muka baru untuk memimpin. Jangan ingat sebab dapat percalonan dari bahagian maka diri anda maseh diperlukan. Yang perlu hanya ketua wanita dan kuncu kuncunya sahaja. Itu pun kerana ada udang disebalik batu. Jesteru itu eloklah kedua duanya berundur dan memberi peluang pada yang lain untuk memimpin wanita UMNO. Jadilah anak melayu yang bertanggung jawab pada bangsa,agama dan negara. Janganlah difikirkan sangat wang ringgit ,pangkat dan harta yang nak dikecapi. FIKIR FIKIR LAH SENDIRI…………………….WAHAI RAFIDAH DAN ANAK MAMI.

2. nikmj - October 20, 2008

Rafidah pernah berjanji akan meletakkan jawatan jika ada pencalonan mencukupi untuk mencabar beliau sebagai ketua wanita.

Walaupun Sharizat tewas dalam pilihanraya, dan tidak akan melawan ketuanya, Rafidah, NAMUN kerana janji, Rafidah mesti menunaikannya dan Sharizat sebagai pemimpin harus bertanggungjawab diatas kepercayaan ahli wanita UMNO.

3. Mohd Yusof Ali - November 24, 2008

NASIHAT KEPADA RAFIDAH,
Sebelum sampainya waktu pemilihan ini, rajin2lah turun padang dan dengar dengan mata kepala sendiri apa yan ghendak diperkatakan oleh akar umbi. jangan percayakan ahli2 EXCO pilihan kak Pidah, mereka adalah klon Kak Pidah sendiri ‘cakap tak serupa bikin’. Kalau Kak Pidah turun ke padang dan dengar sendiri apa kehendak akar umbi, saya gerenti Kak pidah tak akan berlawan dan terus akan memberi laluan kepada Ijat. Sekurang2nya Kak Pidah tidak akan dimalukan nanti. Saya banyak berada di bawah sini dan saya tahu Kak Pidah tak akan menang. mendengar kata2 akar umbi, rasanya Politik Wang pun tak akan dapat membantu kak Pidah. Kalaulah Kak Pidah masih lagi nak mempercayakan ahli2 EXCO kak Pidah dan masih lagi berdegil, tak apalah, itu hak masing2.. harap2 janganlah Kak Pidah meraung bila kalah nanti, terus terserlah hilang harga diri.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: