jump to navigation

Fairul Azrim nafi terima sedekah seks October 17, 2008

Posted by nikmj in General, mstar, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

IPOH: Isu seks “sedekah” timbul semula hari ini dengan seorang ahli perniagaan, yang pernah mengaku kepada Jabatan Agama Islam Perak bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan wanita China sebagai habuan, pagi ini menafikan tuduhan melakukan kesalahan tersebut.

 

Fairul Azrim Ismail, 30, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atasnya.

 

Fairul dituduh menerima habuan rasuah seks daripada Mohamad Imran Abdullah di bilik 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.10 malam.

 

Habuan itu didakwa diberikan untuk membantu Mohamad Imran memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah.

 

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan Fairul boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai habuan ataupun RM10,000 atau kadar mana yang paling tinggi.

 

Fairul, dari Bota, merupakan individu keenam dikenakan tuduhan berhubung projek tersebut yang bernilai RM180 juta.

 

Kira-kira sebulan selepas lima orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Fairul yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah, mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

 

Pengakuan itu dibuat di Jabatan Agama Islam Perak pada 23 September lalu.

 

Fairul bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan Mohamad Imran.

 

Dia mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

 

Dia membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada jabatan itu.

 

Dalam surat aduannya, Fairul mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

 

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

 

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

 

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

 

Rakannya, Zul yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

 

Penghujung bulan lalu kerajaan negeri telah meminta Zul melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

 

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu, turut meminta Jabatan Agama Islam Perak supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

 

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

 

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

 

Zul pula berkata, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

 

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?” ujarnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: