jump to navigation

Kg Melayu dirobohkan, 28 ditahan October 16, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

kemaskini 12:38pm Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang usaha merobohkan kawasan setinggan tersebut.

Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya. 

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. 

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan. 

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan. 

Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan kawasan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. 

Menurut sumber seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah. 

[Laporan penuh menyusul]

Comments»

1. anak desa - October 20, 2008

Di mana pemimpin yang menyuarakan untuk membela nasib rakyat. Ini lah realiti kehidupan dunia politik… saat pilihanraya menjelang… rakyat dicari, janji ditabur..Namun tika rakyat dalam kesusahan dan kepayahan.. merintih mengharap bantuan.. ntah ke mana mereka menghilang.. Sememangnya saya kesal dengan apa yang berlaku.. ntah hilang ke mana pemikiran manusia yang waras…. di mana kerasionalan nya…

2. nisa pas - October 24, 2008

pelik! pelik! warga asing yang bina rumah banglo kat bumi Malaysia ni idak pihak berkuasa kacau,siap bawak suku sakat 7 keturunan tp kalo org kita,ditindas….aper nak jd dgn negaraku yang tercinta…. isk… isk…

3. cahaya - October 29, 2008

gambar kat atas gambar pembohong… rumah kat kg ni cantik.tu sbb dorang tak nak pindah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: