jump to navigation

Hamid haramkan kumpulan Hindraf October 16, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, news.
Tags: , , , ,
trackback

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam laporan Bernama.


Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai  kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

“Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

“Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara,” katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

(Tu kata siHamid, bagaimana pula kata ahli Hindraf. Berikut adalah temuramah Malaysiakinidengan ahli Hindraf semasa dirumah terbuka AidilFitri. Cuba tengok dan dengar rintihan mereka.)

Comments»

1. matakuyu - October 16, 2008

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

ingat akal botak ni sebotak kepalanya.
macamana dia boleh haramkan pertubuhan yang tiada tubuh?
lulus pun belum!
kalau nak haramkan kenalah luluskan dulu!

2. Pak Ulong - October 17, 2008

Sebenarnya HINDRAF ini tidak ujud dalam senarai pertubuhan yang berdaftar. Oleh yang demikian maka HINDRAF itu sendiri adalah sebuah organisasi yang sememangnya tidak sah pada undang undang. Oleh itu maka pihak kerajaan tidak lah payah untuk mengharamkanya memandangkan ianya adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Maka itu apa apa bentuk tindakan HINDRAF yang meyalahi undang undang pihak yang berkuasa boleh mengambil tindakan seperti yang diberikan. Saya nampak selama ini pihak yang berkuasa bergitu takut dengan pihak HINDRAF sehinggakan mereka sangup membuat kecoh pada rumah terbuaka PM dan menteri menteri melayu di PWTC. Sekiranya mereka tidak mahu mengikut peraturan untuk beratur bersama rakyat yang lain untuk masuk ke dalam dewan seharusnya pihak yang menjaga keselamatan menganbil tindakan . Kenapa membiarkan mereka bergitu bebas melakukan perkara yang kurang menyenangkan hati orang lain. Bukankah tindakan mereka (HINDRAF) itu menggangu ketentraman awam. Jika dari mula lagi pihak yang berkuasa mangambil tindakan maka saya percaya mereka mereka yang lain tidak akan berani untuk membuat kecoh seperti itu. Pada pemimpin HINDRAF yang hendak memperjuangkan nasib kaum india, saya meyeru pada anda untuk memperjuangkan nya dengan cara yang dibenarkan oleh undang undang. Ingatlah bahawa negara kita ini rakyatnya berbilang bangsa dan fahaman agama. Janganlah terlalu mengikut perasaan bila mahukan sesuatu hasrat sehingga tidak mahu menjaga perasaan kaum yang lain. Jangan ingat jika kaum lain berdiam diri maka kita merasakan bahawa mereka itu takut. Kesabaran manusia ada batasannya. Jesteru itu maka jalan yang paling elok untuk memperjuangkan sesuatu isu adalah dimeja rundingan. Mungkin ianya mengambil sedikit masa untuk mendapat hasrat yang diperjuangkan. Ingatlah bahawa rahmat keharmonian negara yang kita dapat bergitu berharga sekali. Jangan sesekali mengadaikannya untuk kepentingan sendiri.

3. BUDAKKELANTAN - November 5, 2008

aku benci hindraf


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: