jump to navigation

Salahguna kuasa Ghani Patail disahkan oleh Ketua Peguam Cara Negara – Lim October 15, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Lim Kit Siang mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa siasatan peringkat tertinggi telah ‘mengesahkan’ bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Lim (DAP-Ipoh Timur) membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 pagi ini.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguam cara negara telah membuat kesimpulan bahawa Gani memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti terhadap ahli parlimen Permatang Pauh, yang juga ketua pembangkang.

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta-merta.

“Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG (peguam negara)? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?”

gani patail ghani patailDakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden “mata lebam” yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Gani melengah-lengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan peguam negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Abdul Gani ketika itu seorang timbalan kanan pendakwaraya.

Anwar telah membuat dakwaan yang sama terhadap Abdul Gani dan Musa dalam laporan polisnya Julai lalu, tetapi kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Musa telah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar, manakala Abdul Gani juga turut menyuaratkan hasratnya untuk menyaman bekas timbalan perdana menteri itu.

Lim memberitahu pemberita di lobi Parlimen kemudiannya bahawa siasatan tersebut telah dijalankan selepas Anwar membuat laporan polis tersebut.

Pagi tadi, pemimpin kanan DAP itu terbabit dalam perang mulut dengan para penyokong kerajaan, serta memanggil sama sama lain sebagai “orang utan”.

Comments»

1. Anwar - October 18, 2008

Ghani Patail dan Musa Hassan perlu latak jawatan serta-merta. Kalau dah bersalah, tobat aje lah….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: