jump to navigation

Kerajaan akan kaji semula projek mega, Najib diarah bersedia October 15, 2008

Posted by nikmj in General, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Kerajaan akan mengkaji semula beberapa projek termasuk di kawasan koridor pembangunan wilayah ekoran krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan demikian di sini sebentar tadi.

(Kah kah kah… padan muka Najib, semalam dia dengan selambanya menolak cadangan Ketua Pembangkang agar belanjawan 2009 dibentang semula dan dengan megahnya mengatakan yang negara ini mampu teruskan belanjawan 2009. Tengok, sekali DSAI cakap terus Pak Lah terima tanpa banyak cerita. Layakkah Najib jadi Menteri Kewangan dan defacto PM mengampu??? Kah Kah Kah padan muka hang)

 

Malah, Abdullah juga meminta pengguna menggunakan kuasa membeli mereka untuk memaksa peniaga dan penjual menurunkan harga barangan selepas kerajaan menurunkan harga bahan api buat kali ketiga berkuat kuasa semalam.

 

Di KOTA KINABALU, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam berhadapan dengan kemelut kewangan global pada masa ini.(Semalam cakap lain, hari ni lepas bos sound, terus tukar statement. Tak malu punyer orang)

 

Beliau berkata walaupun kemelut itu dijangka memberikan impak kepada ekonomi Malaysia, terutamanya tahun depan, ia tidaklah seteruk negaranegara lain kerana Malaysia telah membuat perubahan struktural kepada ekonominya sejak krisis kewangan Asia 10 tahun lepas.

 

“Kita sedang memantau keadaan itu secara dekat agar kita dapat bertindak menurut apa yang diperlukan,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis pembukaan Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2008 di 1Borneo Hypermall.

 

Najib berkata apa yang berlaku baru-baru ini dalam dunia kewangan telah sekali lagi membuktikan yang “kita tinggal dalam dunia yang benar-benar dihubungkan dan globalisasi, sama ada kita suka atau tidak”.

 

“Lehman Brothers, Goldman Sachs, Merrill Lynch dan AIG dan banyak lagi mungkin agak jauh dari kita tetapi hakikatnya apabila mereka bermasalah, kebanyakan bahagian dunia juga akan bermasalah,” kata beliau.

 

Najib berkata, oleh yang demikian, Malaysia perlu dipantau, memberi respons dan mengguna pakai strategistrategi perniagaan baru kerana persekitaran perniagaan global sentiasa berubahubah.

 

“Negara-negara yang suatu masa dulu bukan dalam saingan kita telah menjadi pesaing serius untuk mendapatkan pelaburan asing langsung (FDI), seperti Vietnam, China dan India,” kata beliau.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: