jump to navigation

Intipati Perbahasan Belanjawan 2009 October 15, 2008

Posted by nikmj in General, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

Ekonomi dunia yang tambah meruncing. Pakatan Rakyat berpendapat Bajet 2009 sudah tidak realistik kerana tidak mampu mengangkat ekonomi di saat kegawatan sekarang sudah jauh berbeza.

Pasaran kredit terkemuka dunia di Amerika Syarikat seperti Freddie Mac, Fannie Mae, Lehman Brothers, Merill Lynch dan AIG hampir lumpuh.

Bukan lagi isu berkenaan AS sahaja, tetapi kesan serius melanda negara kita.

Singapura secara relatif mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat daripada Malaysia mengakui mengalami pertumbuhan negatif dua suku (two quarter) berturut-turut dan mengalami kesan kemelesetan

Tanpa kecuali mengatakan bahawa dalam keadaan sekarang – tidak ada (negara) ekonomi yang mungkin akan selamat. Justeru itu harus ada pendekatan yang lebih kreatif, yang dapat membendung serangan yang hebat ini

Joseph Schumpeter berkata, Amerika sekarang berdepan dengan akibat tiupan taufan “creative destruction.” Lebih sepuluh tahun yang lalu, ketika kita berdepan dengan kegawatan ekonomi, saya juga menyebut bahawa Asia berdepan dengan “the perennial gale of creative destruction” – suatu perkara yang perlu berlaku dalam sistem ekonomi terbuka. 
  
Creative destruction itu menjadi pedih kerana kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi. Apabila ekonomi kita memasuki tahap baru maka kita perlu melaku banyak penyesuaian.

Kalau kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi struktural maka creative destruction itu akan menjadi pedih dan menyakitkan.
Langkah gesaan

– Oleh itu pengurusan ekonomi negara harus telus lebih bertanggungjawab
– Pembaharuan “reform”
– Mengangkut pengurusan yang lebih baik, sistem politik lebih munasabah, persekitaran yang membantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.
– Mutu pendidikan, harga barang, kesusahan mereka mendapat peluang dan kemudahan yang baik, perbelanjaan – memberi kesan kepada rakyat jelata.

Bagaimana membahaskan bajet sedangkan duit tidak cukup? Kerajaan harus mengemukakan belanjawan baru.

Yang kita tekankan di sini ialah: mendesak menteri kewangan menjawab soalan ini dulu sebelum kita bahaskan iaitu;

– Semuanya sudah meleset. Tidak mungkin kita membahaskan belanjawan yang fakta dan angka yang sudah tidak relevan.
– Bergantung kepada minyak. 44 peratus pendapatan negara bergantung kepada minyak
Ketika bajet dibentangkan harga minyak berada di paras USD125, sekarang ini turun kepada USD77 setong.

Berdasarkan fakta ini kita boleh membuat perkiraan bahawa pendapatan negara akan merosot

– Sewaktu harga minyak $135 dolar harga petrol tempatan naik 70 sen. Apabila turun kepada RM2. Tidak pula memberikan kesan penurunan harga barang. 

– Untuk menampung ini, daripada kajian penganalisis kewangan – kerajaan terpaksa mengeluarkan bon baru RM60 bilion.

– Eropah, Jepun, kita khuatir tidak dapat menampung defisit sebesar itu.

Perbelanjaan harus dirombak dengan segera

–  CPO (harga minyak sawit mentah)- RM4486. Sekarang, RM1773 Jumaat lepas.

–  Malaysia masih bergantung kepada eksport. 26 peratus eksport kepada AS. Selain daripada AS yang mengimport, 13 peratus, 13.2 peratus Singapura. Sudah mengalami kemelesetan.

– Tekanan aliran wang keluar meningkat RM125 bilion. 4 bilion keluar pada Bulan Ogos sahaja.

Pemimpin Umno/BN menuduh saya mimpi di siang hari – tetapi sebenarnya PM yang tidur di siang hari.

– Sudah unjuran 4.8 peratus defisit RM34.5 bilion

– Kalau defisit terlalu membengkak – ia akan mengakibatkan hilang keyakinan atas sistem kita.

– 2009 – Penurunan defisit kepada 3.6 peratus pada tahun 2009. Ini tidak benar. Tidak mungkin pakar ekonomi dapat menyelesaikannya

Apakah wajar bajet negara dibahaskan  sekarang? Kita menghadapi masalah kerana fokus belanjawan, lebih ditumpukan kepada projek mega dan belanjawan berbilion ringgit.

Kita kesal kerana projek-projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu tanpa melalui proses tender terbuka. Pada 16 September tahun ini, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed BroadBand) yang bernilai RM11.31bilion diluluskan oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia tanpa proses tender terbuka.

Akibat tiadanya persaingan negara kita masih jauh tertinggal ke belakang dari sudut penetrasi internet kepada rakyat. Kita jauh tertinggal ke belakang jika dibandingkan dengan Korea Selatan, yang mencatatkan lebih dari 90 peratus isi rumahnya menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi berbanding negara ini hanya 16.6 peratus. 

Projek mega terbaru kerajaan barisan nasional ini mensasarkan 50 peratus isi rumah di Malaysia akan menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi hanya pada tahun 2010!

Sudah tentu yang menimbulkan persoalan, selain dari pemberian projek tanpa tender terbuka, ialah kewajaran bagi kerajaan untuk turut sama melabur RM 2.4billion di dalam projek tersebut Pengumuman tersebut dibuat oleh YB Pekan (Dato’ Seri Najib Razak)  selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Untuk Jalur Lebar, sehari sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. 

Negara dikejutkan dengan satu lagi skandal pembelian besar.

– Pada 30 September telah membeli BII (bank di Indonesia, 4.3 kali lebih dari nilai kos pembelian yang sebenar;

– Tahun 2000, Temasek Holding membeli 3 kali ganda, tentu ada udang di sebalik batu.

Pada saya sewajarnya  harga pembelian lebih rendah – tiada yang menganggap pembelian itu munasabah.

– Oktober 2007, Tun Daim Zainudin menjual 11 peratus BII kepada Temasek

– nilai BII Oktober 2007 RM4.7 bilion tetapi Maybank membeli dengan nilai RM8 bilion. Banding dengan menjual Affin Bank 20 peratus kepada David Lee, Bank of East Asia dengan ‘book value’ dua kali dalam keadaan ekonomi kukuh, keadaan kepentingan bumiputra dijual dengan mudah dengan harga yang murah.

– Dalam ekonomi meleset, dijual dengan harga yang begitu tinggi. Inilah kepintaran BN

– Siapa Nominee HSBB & BII – pendedahan baru yang lebih menyedihkan

Saya mempertikaikan keputusan menteri kewangan membeli 12 helikopter baru

Berdasarkan surat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan – Menulis kepada Menteri Kewangan membuat tuduhan yang cukup membimbangkan. Proses penilaian belum selesai, LOI(letter of intent) dikeluarkan. LOI ditandatangani 15 September. Apa yang luar biasa keputusan yang tergesa-gesa menteri kewangan.

– Anehnya, dipanggil oleh pasukan bernilai menenai tawaran tersebut. Tetapi pembuat tidak dihubungi sama sekali. Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukut mengaipkan.

– Sebelum ini pembelian scorpion belum selesai. Kapal salam – kes pembunuhan wanita Mongolia. Ada kaitan dengan pembelian.

– Tidak ada tender terbuka, Menteri Kewangan akan meminta kementerian lain memberi penjelasan. Tetapi itu bukan cara menyelesaikan.
Pada saya Belanjawan 2009 tidak memberi perhatian kepada rasuah. Persoalan urustadbir yang baik langsung tidak disentuh.

KeADILan memandang usaha liberalisasi ekonomi mampu untuk menarik pelaburan asing( Foreign Direct Investment)

Kritikan harus dihadapkan kepada dasar yang diikat dengan keluarga dan kenalan
(nepotisme dan kronisme)

Antara masalah-malasah lain yang harus diambil perhatian adalah;

– kepimpinan akademik di universiti tidak diangkat berdasarkan merit.
– Bahasa Melayu mesti dimartabatkan.
– Kedegilan dan keangkuhan pemerintah untuk terus menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar subjek sains dan matematik.

Belanjawan tidak relevan kerana ketirisan yang besar. Rujuk kepada laporan PEMUDAH (10 billion setahun) dan Morgan Stanley ( >300 billion sepanjang 20 tahun).

Pakatan Rakyat menggesa agar segera menubuhkan Suruhanjaya Anti Monopoli untuk mengkali semula antaranya;

– AP
– Projek Jalur Lebar Berdaya Laju ( HSBB)
– Eurocopter
– Fomema
Rasuah berleluasa, ketirisan dan pembaziran:

– RM 110.1 juta dari 2004 hingga 2007.
– peralatan Program Khidmat Latihan Negara di bawah kualiti .
– Baka lembu- bayaran untuk 2500 ekor lembu akan tetapi hanya 9 baka lembu sahaja yang dihantar.

Defisit semakin besar dan tidak dapat dipertahankan, menteri semakin sombong dan sentiasa dalam penafian, rasuah semakin berleluasa.

Semua ini adalah jalan kepada kemuflisan dan mala petaka, maka saya menyeru semua ahli dewan untuk menolak belanjawan ini.

Untuk transkrip penuh, sila klik pautan ini …

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: