jump to navigation

Cadangan Anwar bentang bajet 2009 baru ditolak Najib October 15, 2008

Posted by nikmj in mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kembali ke Parlimen selepas 10 tahun, mengambil masa hampir enam jam untuk membahaskan Bajet 2009, dan hari ini beliau menyelar tindakan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa memperlekehkan hujahnnya menggesa belanjawan tahun depan itu dibentangkan semula.

“Saya harap sebelum berakhirnya belanjawan ini, Menteri Kewangan akan peka denagn masalah ini.

“Tidak ada guna menggunakan media untuk memperlekeh hujah kita… seperti yang dilakukan beberapa Yang Berhormat dengan kerjasama RTM semalam. “Kita telah kemukakan (hujah) dan kita minta dibahas secara sopan dan beradab, tidak biadab,” kata beliau yang menyambung perbahasannya hari ini.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga 1998, tahun beliau dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Dalam kapasiti itu beliau pernah membentangkan ucapan-ucapan belanjawan yang biasannya memakan masa kira-kira dua jam.

Kali ini beliau mengambil masa hampir enam jam.

Kini, selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar memulakan ucapan perbahasan pukul 11.30 pagi semalam dan disambung hingga tengah hari ini. Anwar hari ini sekali lagi menegaskan, Bajet 2009 perlu diberi pertimbangan segera disebabkan krisis yang melanda yang menuntut satu perubahan dan pindaan.

“Maknanya itu pendapatan negara dari minyak sahaja pada tahun 2009 akan terus berkurangan, tidak termasuk lagi kelapa sawit dan getah,” katanya.

Dalam reaksi segera hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan Anwar itu, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, bukan cadangan yang sesuai dipertimbangkan dalam menangani krisis kewangan semasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, yang penting ialah kerajaan memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dijalankan tanpa gangguan, dan segala program untuk membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah seperti yang terkandung dalam Bajet 2009, dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Ini termasuk usaha kita untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial yang telah dicadangkan. Kirakira 150,000 rakyat miskin dan berpendapatan rendah akan mendapat manfaat hasil program ini,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Malah, Anwar juga dibidas kerana mendesak kerajaan mengemukakan Bajet 2009 yang baru memandangkan ia perlu dibahas bagi memastikan segala perancangannya terlaksana demi rakyat.

Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang dipetik Bernama berkata, Bajet 2009 merupakan bajet prihatin yang menggariskan beberapa strategi untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

“Saya pelik apabila (Yang Berhormat) Permatang Pauh mengatakan Bajet ini ditolak kerana unjuran pendapatan dan defisit sudah berubah tetapi dia sendiri berbahas hampir enam jam.

“Yang lebih penting pada kita adalah Bajet 2009 merupakan satu anggaran yang boleh dikaji semula berunsurkan kepada perancangan dan ia patut dilaksanakan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 di sini hari ini.

Mohd Puad juga menafikan dakwaan Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, bahawa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hanya menjadi “hamba” atau “pak turut” kepada kerajaan kerana membahaskan bajet yang sudah lapuk.

“Tidak boleh dikatakan bahawa anggota Parlimen BN ini pak turut, kita perlu bahas Bajet ini kerana ia boleh dikaji semula dan pelaksanaannya akan dilaksanakan atau tidak,” katanya.

Beliau juga kecewa kerana apa yang dibahaskan Anwar semalam yang mengkritik soal ekonomi negara dan politik pernah beliau lalui semasa dalam kerajaan dahulu.

“Saya sebenarnya sukar untuk bersetuju dengan Permatang Pauh kerana apa yang dikatakan oleh beliau juga berlaku ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu.

“Kita harus cari jalan, ini penting sebab itu saya kata jangan kritik isu yang sebenarnya berlaku ketika (Anwar) berkuasa dulu,” katanya.

Perbahasan beliau kemudian menjadi hangat sedikit apabila membangkitkan isu mengenai penyokong Hindraf yang membuat kekecohan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC awal bulan ini.

“Hindraf sekarang buat tuntutan yang bukan-bukan ini jelas sekali pada majlis rumah terbuka. Datanglah dengan bersopan, bayangkan jika saya ganggu Deepavali Padang Serai (N. Gobalakrishnan) tentulah marah kerana ini ada kaitan dengan agama boleh menyinggung perasaan orang Islam,” kata Mohd Puad.

Kenyataannya itu menyebabkan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangun meminta penjelasan bahawa para penyokong tersebut datang dengan niat yang baik untuk menghantar kad dan mengucap Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri.

“Penyokong tidak datang untuk ditindas atau menyinggung perasaan. Bila orang pergi ke satu jamuan dengan niat yang baik dan beri kad Hari Raya kenapa perlu ditindas dengan keras,” katanya.

Mohd Puad kemudian menjawab dengan berkata: “Sebab itu kita dengar penjelasan daripada Perdana Menteri, yang ucap Selamat Hari Raya cuma seorang, yang datang ramai-ramai kemudian rempuh laluan buat apa. Carilah suasana yang lebih sesuai.”

 

Comments»

1. Pak Ulong - October 15, 2008

Sepatutnya orang seperti Anwar Ibrahim ini jangan masuk dalam bidang politik tapi masuk dalam bidang lakonan. Jadi seniman macam P.Ramlee. Sebabanya Anwar ini seorang pelakon yang hebat . Saya yakin penuh jika Anwar Ibrahim ini jadi pelakon pasti filem melayu akan kembali gemilang macam era Jalan Ampas dulu. Tengok saja watak yang beliau bawa. Semasa dalam kerajaan dan selaku timbalan perdana menteri. Dan kini selaku ketua pembangkang. Jarak pada satu watak bukan pun jauh sangat lebih kurang 10 tahun. Dulu apa yang rakannya dalam UMNO lakukan semua baik belaka. Apa yang pihak pembangkang lakukan akan ditentang habis habisan. Kini keadan disebaliknya pula, dulu kawan kini musuh, yang musuh kini bukan setakat kawan tapi teman arkab. Kenapa? Kerna untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri Malaysia negara yang kaya dan makmur agar dapat mengaut harta berjuta juta mala berbilon bilon. Itu saja matlamat orang berpolitik di Malaysia. Merompak hasil negaradengan cara terhormat.Cuba kita fikirkan sejenak , mana ada ahli politik yang hidup melarat atan merempat dinegara kita. Memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO pun dah boleh jadi jutawan. Pernah kita tengok wakil rakyat pembangkang naik bas. Takda apa apa pun boleh bawa Mercedes baru. Ada tu pula seorang hamba di negeri sebelah utara memegang jawatan setiausaha politik saja hidup kaya raya. Kereta nya saja bernilai jutaan ringgit. Pihak BPR tak pernah pula pergi buat siasatan. Oleh itulah sebabnya maka dulu sahabat kini musuh dan dulu musuh kini sahabat baik. Matlamat untuk berkuasa. Mereka ini semua manusia yang tak mempunyai jati diri dan maruah. Kiranya kita juga mahu berpolitik maka diri kita pun harus sedemikian rupa. Pada orang politik maruan diri hanya alat untuk kepentingan sendiri. Sifat yang ada pada orang politik memang buruk dan kotor, jijik dan hina. Ingat lah wahai ahli politik semua, apa pun yang anda semua lakukan pada masa didunia mungkin dapat ditutupi. Tapi didepan ALLah SWT semua perbuatan mu akan dihitung satu persatu. Kamu boleh menipu pada rakyat tapi kamu tidak dapat menipu didepan ALLAH SWT.

2. Kerajaan akan kaji semula projek mega, Najib diarah bersedia « The Blog Of My Life - October 15, 2008

[…] kah kah… padan muka Najib, semalam dia dengan selambanya menolak cadangan Ketua Pembangkang agar belanjawan 2009 dibentang semula dan dengan megahnya mengatakan yang negara ini mampu teruskan belanjawan 2009. Tengok, sekali DSAI […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: