jump to navigation

Zul kekal MP Kulim, BN tarik balik petisyen October 13, 2008

Posted by nikmj in mstar, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu kekal milik calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Barisan Nasional (BN) hari ini menarik balik petisyen pilihan raya yang kemukakan April lalu.

 

Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen tersebut selepas BN memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.

 

Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Zulkifli Nordin.

 

Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

 

Mengikut jadual asal, petisyen itu sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 3 Jun lepas, bagaimanapun tarikh tersebut telah ditunda beberapa kali.

 

Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz semasa membuat tuntutan petisyen itu ialah Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan Raya.

Comments»

1. Pak Ulong - October 13, 2008

Inilah yang dikatakan membuang masa makhamah. Depa suka depa buat petisyen, bila suka tarik balik. Hangpa ingat mahkamah tu macam pasar ke? Kalau dah kalah tu buat lah macam orang kalah. Kerja lebeh sikit untuk rakyat walaupun tak jadi ahli parlimen. Mana tau pilihanraya yang akan datang boleh menang. Buat musabah diri kenapa orang tak mau pilih barisan nasional. Sedangkan Kulim Bandar Baru kubu kuat BN selama ini. Kalau nak tahu salah satu sebabnya ialah kerana hangpa ingat kerusi tersebut hak milik keluarga (Kadir Sheikh Fadzir) ,hangpa nak buat kerusi tersebut hak pusaka keluarga. Ramai anak kulim yang berwibawa untuk dicalonkan kenapa hangpa saja yang nak sapu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: