jump to navigation

Jangan dikelilingi kroni dan keluarga, pesan Chedet kepada Najib October 13, 2008

Posted by nikmj in National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

MELBOURNE: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, kata mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini semalam.

‘Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara,’ kata Dr Mahathir kepada agensi berita Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di Universiti Melbourne.

‘Banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan,’ kata beliau.

‘Tetapi, Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian. Beliau perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada mereka yang benar-benar layak.

‘Beliau tidak sepatutnya dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga kerana ini tidak baik untuk negara,’ jelasnya.

Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak mengenal pasti mereka yang dimaksudkan.

Beliau berkata Datuk Seri Najib, timbalannya, Umno dan rakan parti komponen perlu bekerja keras sebagai satu pasukan untuk memenangi sokongan rakyat terhadap kerajaan, yang mengalami tamparan pada pilihan raya umum Mac lalu.

‘Undi yang kita hilang merupakan undi protes. Rakyat Malaysia tidak gembira dan ini diterjemahkan melalui peti undi,’ tegasnya.

Dr Mahathir berkata sebilangan rakyat berpendapat kerajaan telah menjadi angkuh dan tidak memenuhi keperluan mereka kerana ‘sesetengah anggota Parlimen berpendapat, sebaik sahaja dipilih dan diberikan jawatan menteri, mereka tidak perlu lagi balik ke kawasan mereka dan bercakap dengan rakyat’. / Bernama


Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian

Comments»

1. Pak Ulong - October 13, 2008

Buatlah macamana pun, rakyat maseh takan percaya pada kerajaan kiranya orang yang akan mengambil alih adalah orang macam Najib.
Saya percaya bahawa DSAI akan terus menyerang kerajaan kerana Najib adalah orang suruhan DSAI semasa DSAI menjadi timbalan perdana menteri.Mereka adalah rakan dalam pasukan wawasan semasa DSAI dalam UMNO. Banyak perkara yang DSAI tahu tentang Najib. Oleh itu UMNO akan menghadapi satu keadaan yang rumit untuk mempertahankan segala serangan yang akan dilakukan oleh DSAI pada Najib dan kerajaan. Ahli UMNO seharusnya memikirkan kembali untuk mencalonkan Najib bagi mengisi jawatan presiden walaupun pada hakikatnya Najib yang harus dicalonkan. Jika benar ahli akar umbi mahukan perubahan maka ini lah saatnya untuk melakukan perubahan biar pun ianya dikatakan kurang ajar atau apa perkataan sekali pun. Bahagian UMNO seharus berani untuk mencalonkan individu yang maseh kelihatan berseh dan yang mempunyai pengalaman untuk ditengahkan menjadi orang no 1 dalam UMNO. Banyak lagi calon yang berwibawa untuk ditengahkan, UMNO tidak kurang barisan kepimpinan. Mereka yang mempunyai kaitan dalam isu isu yang sedang dihadapi oleh negara seharusnya tidak dipilih oleh ahli untuk memimpin. Umum tahu bahawa pembicaraan Kes pembunuh Antatuya turut membabitkan nama Najib serta isterinya walaupun tiada bukti yang nyata penlibatan mereka dalam kes terdebut. Kes pembelian kapal selam juga nama Najib dikaitkan. Jadi kiranya apa keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah maka ianya akan dikatakan Najib yang membuatnya.

2. maw - October 13, 2008

dengan perkataan lain jib hanya mengkronikan anak pinak dan keluarga che det saja.itu saja yang maksud dan peringatan che det pada jib.jib hangpa lupakah apa yang terjadi pada pokcik hang husin no..nak kena tibai cam sinuar koh! kalu tak nak mai dengagh sini noh..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: