jump to navigation

Anwar – Tumpu Perbahasan Belanjawan 2009 dahulu, bukan usul tidak percaya October 13, 2008

Posted by nikmj in General, mstar, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa lebih sejam untuk membahaskan Ucapan Bajet 2009 berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
ANWAR Ibrahim mengadakan sidang media di lobi bangunan Parlimen tengah hari tadi. – foto The Star oleh AZMAN GHANI

Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.

“Kami hendak menumpukan pada bajet dulu,” kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini.

Kira-kira sejam sebelum Anwar menyatakan demikian Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tarikh baru yang diumumkan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan mengarut. [ULASAN LANJUT ABDULLAH DI RUANGAN BERITA]

Petang ini Anwar akan menyambung perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2009 yang sebelum ini dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan.

Kini Menteri Kewengan ialah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

For English and video version, click this link

BERITA TERDAHULU:

PETALING JAYA: Parlimen bersidang hari ini selepas berehat lebih sebulan dengan fokus menjadi tumpuan ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa perkembangan yang berlaku sejak awal September.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu akan menyampaikan ucapan perbahasan selaku Ketua Pembangkang hari ini, yang difahamkan akan mengambil masa sehari suntuk.

Dewan Rakyat bermula dengan sesi soal jawab secara lisan dan disusuli dengan perbahasan ke atas Bajet 2008.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, Anwar akan menyentuh pelbagai mesej yang “tersurat dan tersirat” dalam ucapannya hari ini.

“Ucapan beliau (Anwar) akan memakan masa sehari suntuk, sehingga petang tetapi tidak sehingga esok,” kata beliau kepada mStar Online.

Ketika desas-desus mengenai pembentukan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat timbul semula, Saifuddin berkata, ucapan tersebut perlu dilihat secara menyeluruh untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

Bagaimanapun anggota Dewan Rakyat menjelaskan tidak mungkin ada usul undi tidak percaya secara langsung ke atas kepimpinan kerajaan iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu ini.

Ucapan Anwar akan menyentuh pelbagai isu semasa dan keperluan pembentukan kerajaan baru, kata beliau.

Ucapan Bajet 2009 akan diluluskan selepas dibahaskan selama empat hari di peringkat dasar dan kemudian peringkat jawatankuasa selama empat hari ini.

Tetapi Dewan Rakyat boleh melanjutkan masa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa kelak.

Sidang semasa akan berakhir 11 Disember.

mStar Online juga difahamkan tidak mungkin ada sebarang usul undi tidak percaya Perdana Menteri minggu ini.

Pakatan Rakyat telah meletakkan sasaran membentuk kerajaan pada 16 September lalu.

Semalam, Anwar ketika ditemui wartawan berkata, beliau tidak mahu lagi mengulas mengenai tarikh baru yang ditetapkan bagi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau yang dipetik Bernama berkata: “Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai… kita akan menyaksikan perubahan”.

“Kalau rakyat mahukan perubahan… tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan,” kata beliau semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Di Kota Bharu Jumaat lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September lalu.

Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan selepas Abdullah selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos lalu.

Tiga hari sebelum pembentangan Bajet 2009, Anwar kembali ke Parlimen dengan memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Persidangan ditangguhkan berikutan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Dua minggu selepas membentangkan Bajet 2009, Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengambil alih portfolio masing-masing.

Najib kini merupakan Menteri Kewangan manakala Kementerian Pertahanan diketuai Abdullah.

Pertukaran portfolio itu juga seiring dengan pelan peralihan pucuk kepimpinan Umno.

Sidang kali ini juga yang pertama sejak Abdullah pada minggu lalu mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Pada pengumuman itu, Abdullah mahu melaksanakan lima inisiatif sepanjang lima bulan akan datang, antaranya menubuhkan tiga agensi penting – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas. Selain itu Abdullah mahu kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ini termasuk dalam inisiatif ekonomi.

Usaha penubuhan suruhanjaya berkenaan perlu dibawa ke Parlimen dan kemungkinan dikemukakan untuk perbahasan pada sidang kali ini.

Yang menarik, dua minggu lalu salah satu parti komponen BN, Parti Maju Sabah (Sapp) mengumumkan ia keluar perikatan tersebut.

Kini ia bertindak sebagai wakil Bebas di Dewan Rakyat.

Dengan perkembangan itu, bilangan wakil rakyat BN menurun dua menjadi 138, Bebas pula tiga dan yang baki keanggotaan parti komponen Pakatan Rakyat.

Malah, Dewan Rakyat juga dilihat akan menjadi tumpuan dengan isu tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Ketika Ahli Parlimen DAP kerusi Seputeh, Teresa Kok ditahan di bawah ISA awal bulan lalu, pelbagai pihak menggesa undang-undang tersebut dimansuhkan.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: