jump to navigation

Anwar selar Akhbar Sinar, terbit kenyataan bohong October 8, 2008

Posted by nikmj in National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam Umno.

“Rancangan mengambil alih kerajaan ini bukanlah bersifat peribadi terhadap Abdullah ataupun Najib.

Najib mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi serta membersihkan negara ini daripada amalan rasuah dan salah urus ekonomi,” jawabnya ketika ditanya mengenai peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri berikutan pengumuman Abdullah hari ini sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden sekaligus memberi laluan kepada timbalannya mengambil alih jawatan sebagai Presiden pada Mac depan. 

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.

Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.

Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.

Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.

Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif  dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.

Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

Comments»

1. SHAMSUDDIN - October 8, 2008

Suatu hari yang lalu setiap hari saya membeli akhbar,tapi tidak lagi sekarang kerana terlalu banyak cerita-cerita politik yang berat sebelah dan sangat-sangat membimbangkan saya.Pada hal ianya hanyalah permainan Politik ahli-ahli Politik sahaja.Saya merasa bersyukur kerana saya dapati Rakyat Malaysia masih tinggal di Negara yang aman dan makmor walaupun Politiknya agak huru hara.Di dalam akhbar juga terdapat sangat banyak iklan-iklan.
Satu hari kawan saya telah meninggalkan akhbar SINARnya di atas meja dan saya membacanya,saya dapati akhbar ini sangat baik ianya melapurkan berbagai berita-berita kedua-dua belah Pihak Politik.Saya sangat suka dan kawan saya juga menganjurkan saya supayamembaca akhbar Sinar.Tetapi sekiranya benar apa yang DSAI nyatkan yang akhbar SINAR memutarbelitkan kenyataan maka nampaknya saya tidak ada pilihan melainkan tidak perlu lagi membaca akhbar.ADAKAH AKHBAR SINAR AKAN TERUS BERSINAR?DIMANAKAH SUARA RAKYAT MALAYSIA YANG HARUS DI BACAKAN?

2. Pak Ulong - October 10, 2008

Mengapa nak salahkan akbar jika ianya membuat berita yang tak benar. Secara umum semua orang politik banyak bercakap bohong dari bercakap yang benar. Itu adalah resam budaya politik orang malaysia. DSAI pun dah banyak membuat kenyataan yang sememengnya bohong. Contohnya seperti dakwa DSAI bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahaan pada tanggal 16 september. Oleh yang demikian maka janganlah menuduh pihak lain membuat pembohongan. Lihat diri kita dulu baru kata pada orang lain.

3. joe Gunners - October 10, 2008

kepada DSAI…cukup cukup lah berbohong pada rakyat…kami rakyat marhain dah tak larat nak dengar kisah dsai dan Mimpi nsk jadi PM beliau sampai ke hari ini masih dalam mimpi…muhasabah diri lihatlah apa yg berlaku mungkin Allah taala memang tak nak bagi Malaysia ini dipimpin oleh orang mcm DSAi….jangan mendahului ketentuan tuhan….

4. mangkuk hayun - November 1, 2008

lidah ku kelu untuk berkata sesuatu tentang anwar al juburi ni, meluat aku, menyampah aku dengan lakunan anwar lahabau ni dah sampai ke puncak dunia..lekas lah dia mampus baru aman malaysia ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: