jump to navigation

Tinggal 24 jam lagi bagi Pak Lah buat keputusan October 7, 2008

Posted by nikmj in mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai akan mengumumkan pendirian sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya dalam 24 jam lagi.

Pagi tadi Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa pengumuman hari ini.

“Saya tiada pengumuman untuk hari ini,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Di sebalik itu, pelbagai spekulasi terus muncul dengan sesetengah pihak masih beranggapan Abdullah akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan Mac depan.

Pada Khamis lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam berkata, beliau percaya bahawa langkah menunda Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan sehingga tahun depan merupakan petanda kemungkinan Abdullah tidak akan mempertahankan kedudukannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

“Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya sama ada hari ataupun esok.

Malah, semalam Abdullah mengesahkan yang beliau akan menemui pemimpin-pemimpin BN di ibu negara esok.

“Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, Saya akan buat keputusan esok atau Rabu”, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pada 26 Oktober lalu Presiden Umno itu berkata beliau akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Pada 1 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata:

“Itu pilihan mereka sama ada mereka mahu mengumumkannya awal atau mahu menunggu.Itu terpulang sepenuhnya kepada mereka.”

“Kamu tunggu… selepas beberapa ketika, sebahagian daripada mereka akan berundur dan yang tinggal nanti hanya dua atau mungkin seorang,” katanya.

Ditanya mengenai perkara yang akan difokuskannya sementara masih bergelar Perdana Menteri, Abdullah berkata, beliau mahu menunaikan janjinya kepada rakyat.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: