jump to navigation

Terkini dari mahkamah jalan duta (perbicaraan kes liwat Anwar) October 7, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National.
Tags: , , , , ,
trackback

Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta (Mahkamah Sesyen)
Masa: 9.30 pagi
Tarikh: 7hb Oktober 2008 (Selasa)

Sila klik pautan ini untuk maklumat terkini dari masa ke semasa.

Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.

03.45 pm : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.

03.20 pm : Perbicaraan disambung semula.

12:37 pm : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.

11:34 am : Mahkamah ditangguhkan seketika

11.15 am : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela

10.35 am : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.

Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.

Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.

10.26 am : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

10.22 am : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.

10:14 am : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan sijil tersebut sah atau tidak

9.53 am : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.

9.48 am : DSAI tiba di perkarangan mahkamah ditemani oleh isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, Sankara Nair.

8.00 am : Sekumpulan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan kawalan ketat polis.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersidang pagi ini bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, sekumpulan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan kawalan ketat polis.

Bagaimanapun jumlah mereka kali ini lebih kecil berbanding sesi sidang mahkamah sebelum ini.

Pada 24 September lalu, Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan peguam bela.

Anwar, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sementara itu, seorang peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika dihubungi berkata, apa jua keputusan yang ditentukan oleh phak mahkamah akan diterima secara terbuka.

“Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah esok (hari ini),” katanya.

Jelasnya, apa yang diharapakan adalah kes tersebut tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi.

“Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Menurut Sankara, jika hakim menerima bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwa maka kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamagh Tinggi.

Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin.

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: