Kickdefella dakwa Rosmah belanja RM7 juta beli jam tangan diHong Kong October 7, 2008
Posted by nikmj in National, news.Tags: harakahdaily, hong kong, jam tangan, kickdefella, rosmah, the blog of my life
trackback
Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?
Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.
Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.
Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.
Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.
Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya. – mns
Dipetik dari berita asal http://kickdefella.wordpress.com/2008/10/06/i-am-no-king-i-am-just-the-last-pawn/
bila mana pemimpin tiada dari kalangan yang beriman,negara dan rakyat akan menerima hasil pilihan mereka tidak terkecuali yang menentang pemilihan tersebut.allah swt telah memberi tuaian cash on delivery.