jump to navigation

Isu sedekah seks : JAIP tubuh jawatankuasa siasatan hari ini October 7, 2008

Posted by nikmj in islam, mstar, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membentuk jawatankuasa bagi menyiasat kes habuan seks melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan dan rakannya.

 

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata, mesyuarat hari ini akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.

 

“Esok (hari ini) kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan,” katanya kepada mStar Online.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

 

Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

 

Minggu lalu Jamry berkata, pihaknya kan menyiasat semua pihak, termasuk wanita warga China dan lelaki bernama Mohamad Imran Abdullah, yang dikaitkan dalam pengakuan Zul bahawa beliau disogokkan dengan habuan seks yang disifatkannya “menerima kerana sedekah.”

 

Siasatan itu bersangkut paut dengan laporan dibuat Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail terhadap Mohamad Imran bulan lalu.

 

Kata beliau, jawatankuasa berkenaan akan meneliti peruntukan di bawah enakmen-enakmen Syariah bagi membolehkan jabatannya mengambil tindakan susulan.

 

Zul dan ahli perniagaan Fairul membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

 

Zul membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai “sedekah” telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut.

 

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.

 

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: