jump to navigation

Chedet tidak percaya Pak Lah akan letak jawatan October 6, 2008

Posted by nikmj in mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.

 

Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.

“Baguslah… bertandinglah… kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.

“Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.

“Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah,” kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang.

“Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.

“Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang,” katanya.

Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.

 

“Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.

“Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,” katanya.

Berhubung sama ada Umno memerlukan kesinambungan pemimpin lama dan baru seperti yang berlaku dalam parti MCA dan Gerakan pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin perlu mencontohi Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang mengundurkan dirinya pada pemilihan parti akan datang ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang… tak mahu tarik diri.

“Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain… itu saja, tapi tak mahu tarik diri,” katanya.

Berhubung keputusan beliau untuk menyertai semula Umno, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah lama membuat keputusan itu iaitu sejak beliau keluar daripada Umno lagi tetapi ia bersyarat.

“Saya kata saya akan menyertai semula Umno tapi ada syarat… syarat tu kamu pun tahu.

“Tapi rupa-rupanya ramai yang keluar Umno setelah saya keluar. Jadi kalau saya masuk, orang-orang ini tak dapat masuk, tak adillah. Masa keluar, mereka ikut… saya masuk, mereka tak boleh ikut.

“Kita jangan lupa mereka ini punya kuasa undi. Kalau mereka berada di luar Umno dan mengundi parti lawan, Umno mungkin akan kalah,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran tetamu kira-kira 10,000 orang pada rumah terbukanya tahun ini agak luar biasa dan ia mungkin disebabkan beliau menguar-uarkan tentang hal itu dalam laman blognya.

 

 

Comments»

1. Dr.Patau Rubis - October 6, 2008

Boss mahu Pak Lah undur diri..

Anwar mahu gantinya secepat mungkin….

Najib mahu gantinya juga lebih cepat mungkin…

Semua ini demokratik kah Boss…BN kalah hanya 2/3 majoriti sahaja…Kalau lah semua Bekas Menteri-menteri serta Menteri Menteri Besar yang kalah kerja betul di Kawasan kawasan mereka tertentu dahulu … BN tidak hilang 2/3 majoriti….

Tidaknya semua di atas bahu Pak Lah… Anwar jadi WIRA POLITIK MELAYU kerana Boss bimbingkannya… Bukan kah Boss… Ekonomi merosot kerana SISTEM yang ada sekarang seperti saya pernah rujuk kepada Boss dahulu mejatuhkan Boss, Tunku Abdul Rahman dan mungkin Pak Lah sekarang atau gantinya, Boss..

SISTEM KERAJAAN kita dimana ISA dan OSA digunakan untuk menentu bahawa BN kekal jadi Kerajaan Semasa hampir Dunia kiamat… Police SB jalan tugas untuk BN sahaja bukan kah Boss.. Sistem begini melahirkan banyak ” Parisit Parisit” tertentu … yang melemahkan ekenomi kita hingga nilai RM kita jatuh ke empat puluh enam cent Singapura, Boss… Sistem kata bagus … tetapi harga Barang naik itulah BN= Barang Naik!! Tambak kawan kita, Samy melahirkan HINDRAF…. segalanya… nasib BN tidak kalah di Sarawak dan Sabah dimana Politik Wang masih hebat dan kuat …kalau tidak BN pembangkang sekarang…..

Syukurlah BN masih cukup kerusi untuk memerintah… Bagi lah masa berkerja untuk Rakyat…Tak payah Pak Lah undur diri.. Ia tolong Boss dahulu, bayar lah hutang dan tolong lah nya sekarang… Janganlah gaduh kerana isu-isu tertentu.. “Gajah berkalai semut mati” Boss….

Pity the poor Malays and Bidayuh, Tun…Help stabilized UMNO politics… NO PM can do it alone… He needs and will need the help of every member and citizen. Pak Lah, giving up with getting the needed reforms done, will not help Malaysia to get better. If BN won’t put the right reforms in place to bring Malaysia to the next level, then let PK takes over in the next General Election.

2. Dr.Patau Rubis - October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA… MAAF

3. jambeepee - October 6, 2008

Pak Lah tu anggap UMNO ni macam bapak dia punya.MT yang ada pun suka-suka je buat keputusan kononnya semua ahli UMNO setuju dengan mangkuk ayun tu.Sepatutnya dengar lah akar umbi punya suara.Mereka yang berhak menentukan bukan segelintir kaki ampusakum.Suka-suka dia je tentukan peralihan kuasa.Najib pun takda telur.Enggeh je.Macam mana nak jadi pemimpin.Tunjukkan YOUR STRENGTH.Barulah ada karisma seorang pemimpin.

4. Dulani's Blood - October 22, 2008

Pengumuman perlaihan ini cuma manisan sahaja supaya kononya suara akar umbi telah dipertimbangkan… tengok baru2 kat sabah ape komen pak L ngan muhidin… sebenarnya inilah babak2 permulaan menenggelamkan muhidin dan najib… besar kemungkinan penghujung ceritanya: terdapat bukti ada kospirasi najib muhidin yang tak senonoh terhadap PM maka mereka ini tak layak jadi presiden parti…dan bla bla bla…

5. ejat alor gajah ku indah - December 30, 2008

hidup mahathir….

6. Pak Ulong - December 31, 2008

Walau siapa pun yang memimpin negara, Tun tidak akan menyukainya. Melainkan anak nya sahaja. Itulah akibat bila mana pemimpin terlalu lama memegang tampuk kepimpinan. Kepada diri Tun semua yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO tidak layak untuk memimpin negara. Ini adalah kerana Tun mengetahui segala apa yang mereka lakukan semasa Tun sebagai presiden UMNO maupun sebagai perdana menteri. Oleh itu adalah menjadi pendirian Tun untuk tidak percaya kepada sesiapa pun dalam hal politik. Tun selaku perdana menteri yang paling lama meduduki kerusi no.1 telah masak dengan permainan politik ahli UMNO. Sememangnya pada pendapat peribadi saya Pak Lah bukankah calon yang sesuai untuk mengganti Tun selaku perdana menteri. Namun ketentuan ALLAH SWT telah meletakan Pak Lah sebagai PM. Pak Lah secara peribadi adalah seorang insan yang baik dan berakhlak tinggi. Selama ini tidak pernah kita mendengar akan perlakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh Pak Lah. Tidak seperti pemimpin tertinggi UMNO yang lain. Dengan itu biarlah Pak Lah sendiri yang menentukan akan sebarang keputusan samada berundur atau meneruskan untuk mrnjadi PM. Kepada diri saya adalah lebih baik untuk Pak Lah terus menjadi PM daripada melepaskan jawatan kepada Najib ynag terang terang mempunyai banyak skandal. Pak Lah seharusnya melepaskan tanpok pemerintahan negara kepada seorang insan yang tidak mempunyai apa apa kelemahan yang boleh ditinbulkan oleh parti pembangkang. Biara pun ianya mengambil sedikit masa untuk mencari penganti namun adalah lebih baik dari memberi laluan untuk Najib.

7. joe - January 20, 2009

pak long – sy rasapn begitu daripada bg pada najib lebih baik pak lah cari penggati lain.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: