jump to navigation

Pelan peralihan kuasa macam kebudakan – Ku Li September 27, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai “permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku”. 

“Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang,” katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai “mentaliti kelas pertama” dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama. 

“Republik pisang” merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

abdullah ahmad badawi najib razak pc change portfolio 170908 05Tengku Razaleigh juga mendakwa dua pemimpin negara itu terlalu ghairah dengan perebutan kuasa sehingga mengabaikan aspek perundangan dan kerosakan yang ditimbulkan mereka ke atas negara ini. 

“Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno),” katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.

“Kerjaya politik mereka kelihatan lebih penting daripada masa depan negara ini.

“Mereka berdua menjadikan Malaysia bahan lawak masyarakat antarabangsa.”

Beliau, yang juga ahli parlimen Gua Musang, mengulas keputusan penuh teka-teki Majlis Tertinggi (MT) pagi ini yang tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung Umno ke tahun depan. 

MT juga dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman penting menjelang pemilihan bahagian 9 Oktober ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam pemilihan parti Mac 2009.

Dengan nada seumpama tokoh veteran Umno itu, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan Abdullah dan Najib terlalu mempedulikan “masa depan politik Abdullah dan ketua-ketua juak Umno, yang tidak mempunyai masa atau idea memikirkan pelbagai krisis keyakinan yang dihadapi negara ini” sejak 8 Mac.

Untuk seterusnya, klik pautan ini…

Comments»

1. BGBJ - September 27, 2008

Saya sokong dengan KU LI krn takde fight dalam UMNO… Pemimpin kita pun suka ambil jalan mudah..kononnye taknk berlaku perpecahan dalam parti…macamne malaysia nak maju kalu macam nie..tkde fight langsung…kenalah open skit..kita lawan..tk semestinye tkde org lain yg layak utk jd PM…ramai lagi yg layak…

2. izlaini - September 27, 2008

kalau dah gila kuasa n tak sedar2 diri nih susah jugak..
orang sume dah suh turun2 tak reti2 nak turun..
bleh lagik wat muka sedeyy..
nyampah tawwwwwww

3. Pak Ulong - September 27, 2008

Saya setuju dengan pendapat Ku Li. Namun dihati kecil saya , saya merasakan bahawa Pak Ku tidak memainkan peranan yang secukupnya untuk memulihkan UMNO kembali. Orang semacam Pak Ku jangan lah tawarkan diri untuk apa apa jawatan. Carilah tokoh yang lebih muda dan sokonglah mereka untuk mengambil alih pucuk pimpinan. Masa untuk Pak Ku dan teman teman seusia dengan Pak Ku telah berlalu. Kini adalah masa untuk perubahan. Beri lah peluang pada jenerasi baru untuk membawa UMNO ke era yang lebih terbuka dan tulus. Namun orang itu jangan lah dari kalangan kaum keluarga bekas pemimpin yang lalu seperti Mukriz atau Khairi.
Jangan lah UMNO dijadikan barang pusaka bekas pemimpin yang lalu. Contoh yang terbaru macam UMNO bahagian Kulim Bandar Baru. Dulu ketuanya Kadir Sheik Fadil kini adiknya pula Aziz mengambil alih jawatan ketua bahagian. Umum mengetahui bahawa Aziz semasa menjawat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah ahli dalam bahagian Padang Serai. Apabila dipilih untuk menjadi calon pada pilihanraya ke 11 maka ditukar pula ke bahagian Baling. Kini masuk pula bahagian Kulim Bandar Baru. Apakah cara bergini dapat diterima oleh mereka yang mempunyai akal. Cuma yang dapat menerimanya adalah sebilangan kecil ahli yang mempunyai kepentingan sendiri sahaja. Senario bergini lah yang memyebabkan ramai orang melayu menjauhkan diri dari UMNO.Bukan satu bahagian saja yang berbuat begitu, bahagian Shah Alam pun sana juga. Dulu ketua bapa kini anak pula yang ganti. Apakah UMNO dah ketandusan calon untuk ditengahkan. Kalau senario bergini berterusan maka tidak mustahil UMNO akan dipinggirkan oleh orang melayu pada masa hadapan. Oleh itu saya berharap pada Pak Ku agar lupakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden dan tumpukan pada perkara perkara yang melemahkan UMNO dan cari jalan untuk membaikinya agar dapat mengambalikan minat generasi muda umtuk bersama UMNO. UMNO dah hilang kepercayaan dari generasi muda. Terima lah hakikat itu. Ubati lah penyakit yang telah meresap pada UMNO agar yang ianya tidak menjadi parah dan terus mati bergitu saja.

4. banjar - September 28, 2008

mana boleh buat pakatan untuk peralihan kuasa. tak logik.sapa yang mulakan benda karut macam ni.

jawatan perdana menteri ditentukan oleh parti terbesar yang menang dalam pru. parti berkenaan perlu bermesyuarat, dapatkan kesepakatan dan perkenan duli tuanku. baru boleh lantik pm. kalau nak ganti pm baru parti komponen bn kena bincanglah. bukan pm yang tentukan sapa jadi pm yang mendatang.

penyakit ni dah berjangkit kepada wanita umno. ketua wanita pandai-pandai nak buat peralikan jawatan bulan jun. tak demokratik langsung.

apa komennnnn…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: