jump to navigation

Pembentukan kerajaan baru – Masa tak penting, Anwar masih yakin September 25, 2008

Posted by nikmj in mstar, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

 Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa kerajaan pusat dan permintaan diadakan sidang khas Parlimen.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

 

“Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

 

“Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini pagi semalam.

 

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

 

Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata, Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan.

 

Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggota-anggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.

 

“Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,” katanya.

 

Sementara itu dalam blognya hari ini, Anwar berkata, beliau dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.

 

“Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.”

 

Kata Anwar, beliau tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri.

 

“Kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalah tafsir,” katanya lagi.

Comments»

1. Pak ulong - September 26, 2008

Memang lah rakyat mengundi Pakatan Rakyat. Tapi kalau dan tak dapat majoriti maka kena lah terima hakikat. Jangan lah dok cakap nak ambil pemerintahan dengan harapan ahli MP nak lompat parti. Buat kerja sebagai angota pembangkang yang terbaik untuk rakyat. Buktikan pada seluruh rakyat akan kepincangan pemerintahan Barisan Nasional. Tunggu saja pilihanraya umum sekali lagi kalau benar Pakatan Rakyat berkerja untuk rakyat maka rakyat semestinya memilih PA untuk mentakbir ngara pada masa itu. Bersabar saja saudara Anwar. Sabar itu kan separuh dari iman.

2. zeck - October 2, 2008

harapan rakyat Malaysia Anuar tak jadi PM..hanya kerajaan BN saja yang terbaik buat masa ini…

3. Muthu - November 8, 2008

Cuba tanya DSAI beliau setuju tak kalau Lim Kit Siang jadi PM dan Karpal Singh jadi TPM. Teressa Kok pula dijadikan Raja atau Sultan untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: