jump to navigation

MPP Uitm jumpa MB isu 10% kuota Uitm September 25, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Menteri besar Selangor dan kepimpinan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) akhirnya mengadakan pertemuan hati ke hati selepas lebih sebulan kontroversi isu kemasukan 10 peratus kuota pelajar bukan bumiputera di universiti itu.

Pertemuan tertutup lebih kurang sejam di kediaman rasmi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Shah Alam kelmarin menjadi kenyataan walaupun Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM pada mulanya mengenakan beberapa syarat untuk menjayakannya, termasuk terbuka kepada media.

Dua hari selepas ribuan pelajar berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) awal Ogos lalu bagi menyampaikan memorandum bantahan terhadap cadangan itu, MPP menggesa pertemuan itu diadakan sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Mahasiswa turut menuntut exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali hadir dalam pertemuan itu.

Dr Halimah Ali, setiausaha politik menteri besar Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli lembaga pengarah Universiti Industri Selangor (Unisel) Datuk Dr Ariffin Anton turut hadir mewakili kerajaan Selangor.

Memberitahu Malaysiakini hari ini, Nik Nazmi berkata enam wakil (MPP) universiti itu diketuai yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.

Luqmannulhakim atau MPP gagal dihubungi untuk mengulas pertemuan tersebut.

Menurut Nik Nazmi, kedua-dua pihak tetap menegaskan pendirian masing-masing berhubung tersebut.

Katanya, Luqmannulhakim menyifatkan cadangan Abdul Khalid itu tidak kena dengan masanya berdasarkan situasi semasa golongan bumiputera yang belum dapat bersaing dengan pelajar bukan bumiputera.

Pemimpin mahasiswa juga mempersoalkan niat politik Abdul Khalid apabila cadangan itu dikemukakan menjelang pilihanraya kecil tersebut, yang ditandingi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Nik Nazmi, menteri besar menjelaskan Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang markah politik dengan mengemukakan cadangan itu.

“Cadangan itu bukan sesuatu yang popular di kalangan pengundi ketika hampir pilihanraya,” katanya, yang juga wakil rakyat Seri Setia, mengulangi jawapan Abdul Khalid.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa niatnya ikhlas untuk melihat UiTM lebih berdaya saing di peringkat global, tambahnya. 

Pertemuan itu gagal mendapat kata sepakat apabila kedua-dua pihak masih berpegang dengan pendirian masing-masing sehingga akhir pertemuan.

Luqmannulhakim turut meminta supaya pertemuan susulan dapat diadakan selepas itu, tambahnya.

Bagaimanapun, tarikh pertemuan berikutnya belum ditetapkan.

Abdul Khalid dan kumpulan kepimpinan pelajar tadi turut menyertai majlis berbukan puasa dengan 200 mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di Selangor selepas itu.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: