jump to navigation

Hapuskan TAHYUL-hanya UMNO boleh perintah September 25, 2008

Posted by nikmj in harakahdaily, islam, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan ‘tahyul’ yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).

Iklan
 
 
   

Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.

PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu,” ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini.

Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.

Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimenya kerana bimbang mereka akan berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatam rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat,” katanya.

Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.

Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.

“Ini semua menggambarkan apa yang dirancang oleh Pakatan Rakyat mempunyai asas jika tidak masakan pemimpin Umno-BN peringkat tinggi amat gusar, disebalik berbagai tuduhan bohong dan sebagainya kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

jika tiada asas masakan mereka berkeadaan begitu,” soal beliau.

Turut berucap pada majlis sama iaitu Pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Abdullah Abdul Karim.

Suhaimi dalam ucapanya berkata, bagi PAS yang penting ialah Umno-BN mesti diturunkan demi kepentingan Islam.

Tarikh bila, bagaimana Umno-BN turun ia tidak penting yang penting ialah Umno mesti turun untuk kepentingan rakyat dan Islam,” tegasnya.

Ini kerana jika Umno-BN terus kekal ia tidak akan mengubah apa-apa malah akan terus mengekalkan ‘status quo’ dan seribu satu macam yang menjadi budaya buruk parti itu seperti mengamalkan budaya pilih kasih, mengekalkan ISA, menaikan harga minyak dan sebagainya.

Ia katanya, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang telah berikrar untuk menghapus amalan buruk Umno, menghapus akta zalim ISA , mengahapus amalan kronisme dan mengantikanya dengan konsep negara berkebajikan yang lebih baik.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: