jump to navigation

Hak Islam dan bumiputera tetap dipertahankan dalam kerajaan Pakatan Rakyat – Anwar September 25, 2008

Posted by nikmj in islam, malaysiakini, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

“Ada pandangan tentang komposisi kaum-kaum. Seperti yang saya sebutkan (bahawa) ini tidak harus membimbangkan. 

“Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan. 

“Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali,” kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Anwar hadir di mahkamah pagi ini bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya.

Sebaliknya, kata beliau yang juga penasihat PKR, isu kebimbangan mengenai komposisi ahli parlimen tersebut, telah diciptakan oleh Umno untuk menakutkan-nakutkan orang Melayu.

Semalam, Anwar mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar juga menjelaskan dalam sidang media itu, bahawa turut menemui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok malam tadi di kediamannya.

Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, katanya, mereka membincangkan perkembangan terakhir mengenai langkah yang diambil dan reaksi mereka terhadap kenyataan perdana menteri serta merangka langkah-langkah yang harus diambil secara muafakat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan itu.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar rakyat Malaysia bersabar dengan langkah-langkah Pakatan seterusnya kerana menganggap peralihan kuasa adalah satu perkara besar.

‘Mari kita uji’

“Saudara kena ingat ini satu proses besar. Peralihan kuasa. Dan bagi Umno dan BN, ini suatu hal yang amat menakutkan mereka.

“Jadi saya fikir wajar kita mengenengahkan kenyataan kekuatan kita dan memberi rencana bahawa urusan kita ialah untuk mentadbir dengan adil. 

“Bukan untuk membalas dendam atau (bertindak) ganas atau guna ISA kerana pendirian kita akan membatalkan ISA sebaik sahaja kita memerintah,” jelas Anwar lagi.

Beliau juga enggan mengumumkan nama dan jumlah ahli parlimen yang didakwa akan melompat menyertai Pakatan dan seterusnya membentuk kerajaan demi menjaga keselamatan mereka.

Diminta reaksinya terhadap tanggapan bahawa beliau seorang pembohong ekoran kegagalannya menubuhkan kerajaan baru pada 16 September lalu, Anwar berkata:

“Sekiranya mereka percaya saya adalah seorang pembohong, jadi mari kita uji mengikut perlembagaan dan rangka undang-undang.

“Mari kita uji dan mengundi di parlimen. Itulah caranya mereka boleh mengujinya,” kata Anwar lagi.

Diminta mengulas penangguhan kes beliau hari ini berhubung permohonan pihak pendakwa untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi, Anwar menjawab:

“Pertimbangan yang hakim akan buat, dalam melihat bantahan dari pihak pendakwa – sama ada hendak menghormati prinsip keadilan atau ikut teknikaliti undang-undang – kerana pendakwa nampak bersungguh-sungguh hendak memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi dengan hakim yang ditentukan.”

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: