jump to navigation

Sasaran baru Pakatan Rakyat 1 Oktober tubuh kerajaan baru September 23, 2008

Posted by nikmj in mstar, news.
Tags: , , , ,
trackback

Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru – 1 Oktober ini – cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.

 

Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

 

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

 

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

 

“Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

 

“Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti,” katanya.

 

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

 

“Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

 

“Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman,” katanya.

 

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

 

“Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu,” katanya.

 

Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu.

 

Esok, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

 

“Esok mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak untuk mementukan permintaan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” kata salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi.

 

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada mahkamah akan membuat keputusan esok ataupun sebaliknya kerana ia bergantung kepada mahkamah selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.

 

“Sukar untuk dikatakan sekarang… kami ada banyak perkara untuk dihujah,” katanya.

 

Pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan esok ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

 

Anwar, 60, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

 

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar kini dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

 

Comments»

1. Anuar - September 23, 2008

PKR boleh tubuhkan Kerajaan Bawah Tanah atau Kerajaan Atas Langit bila-bila masa, takda siapa yg nak halang. Kalau Ayah Pin boleh, takkan Anwar Ibrahim tak boleh.

2. Pak Ulong - September 23, 2008

YB Tian Chua dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Pembohongan jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pemerintahan. Ini adalah kerana sehari kehari beliau(Tian Chua) asyik berbohong pada rakyat mengatakan bahawa mereka akan ambil alih kuasa. Kalau dah kemaruk sangat nak ambil kuasa bagi lah rakyat membuat pilihan sekali lagi. Jangan lah dok harap orang nak lompat baru nak dapat kuasa. Jika ada pun kalangan Ahli Yang Berhormat sangup lompat parti maka dengan rasa penuh kehinaan saya katakan bahawa ahli parlimen Malaysia sememangnya mata duitan dan manusia yang paling keji dimuka bumi ini. Ingat lah Wahai YB YB kemulian seseorang itu terletak pada maruah diri. Kira nya maruah dapat dijual beli maka tak layak kamu di gelar Yang Berhormat tapi di gelar Yang Musibat.

3. undixcaya - September 24, 2008

Ui na 1 Okt lagi…….. Kira Ok lah tu ada delay sikit LAD tidak banyak mau bayar juga… Harap-harap jadilah jgn tak jadi malu jer… KAsi bohong rakyat… Belum memerintah sdh kencing rakyat apa lagi sudah memerintah.. next PRU aku nak jual undi aku lah … sebab siapa jadi MP pun akan lompat juga…………….

4. Dexter - September 25, 2008

Hopefully ada PM baru la. Anwar ke Ku Li ke asal bkn paklah or najib. At least dpt turun minyak!!!!!!!!!!!!!!!!

5. pengundisabah - September 25, 2008

Bermimpi lagi rupanya PKR nak tubuh kerajaan baru pada 1hb oktober ni.Tak dapat mungkin November, tak dapat lagi mungkin Disember…alahai! tumbuh janggut lah aku ni nampaknya.

6. nikmj - September 25, 2008

Sebagaimana dimaklumkan oleh YB DSAI, hanya kenyataan beliau yang rasmi berkenaan penubuhan kerajaan baru.

Justeru itu, kita tunggu sajelah buat sementara ini kerana buat masa sekarang semuanya masih dalam proses.

Tak kisah siapa bohong, yang pasti kebenaran akan muncul jua kemudian hari.

7. zeck - September 26, 2008

yes PR akan tubuh kerajaan……selewat-lewat pada 1 okt….tahun 2100…..nak bagi sedap hati aje. Bangun lah wahai pemimpi PKR jgn banyak tidur. Cukup lah sekali bohong ( 16 sept tak jadi kenyataan ) ni nak ubah pula. Sy rasa menyesal sokong PKR….sudah la..kira tak jadi sudah la.

8. nasar - October 3, 2008

nuar kenapalah kau ni jahat sangat. PRU 12 rakyat tak memilih kamu lah. rakyat pilih BN – sapa kata kamu di pilih? Macam manalah kerajaan yang memerentah nak buat kerja asyik nak melayan kamu aje. Kau ni macam tak reti bahasa tau. Tak semua rakyat sokong kamulah. Duduk diam-diam dan buat kerja ketua pembangkang kamu tu baik. Orang Bayan Lepas saja yang suka kamu. Tak percaya cubalah kau bertanding dilabis pun cukup lah. silap-silap hilang deposit tau. kami diselatan ni majoriti meluat benar dengan gelagat kamu dan pengikut-pengikut fanatik kamu tu.

9. mai - October 29, 2008

jagn terlampau mengutuk orang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: