jump to navigation

Keputusan BPR boleh dipengaruhi PM September 23, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata: 

raymond tan“Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

“Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat. 

“Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP.”

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: