jump to navigation

Sukar bagi Anwar tubuh kerajaan – Ku Li September 22, 2008

Posted by nikmj in bernama, mstar, news.
Tags: , , , ,
trackback

Adalah sukar bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan sebuah kerajaan ekoran kesukaran parti itu bekerjasama dengan DAP berbanding PAS, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata perbezaan ketara dalam dasar dan ideologi antara parti-parti ini merupakan masalah terbesar Anwar dalam usaha mewujudkan satu pakatan yang benar-benar mantap antara mereka.

 

“Saya rasa sukar bagi Anwar kerana DAP adalah rakan baik semasa pilihan raya, tapi apabila dasar dan ideologi mereka diambil kira, saya rasa Anwar tidak akan berjaya.

 

Bagaimana hendak tadbir Malaysia dengan wujudnya dua ideologi dan dasar yang berbeza,” katanya pada sesi dialog dengan pengendalipengendali blog di rumahnya di sini hari ini.

 

Katanya Anwar yang dilantik ketua pembangkang di Parlimen perlu membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan, dan Barisan Nasional (BN) sudah kehilangan majoriti.

 

“Bila dia (Anwar) mendakwa memiliki jumlah itu (Anggota Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat), dia perlu membuktikannya, tapi dia gagal berbuat demikian, dia ini pandai buat tawaran yang dianggap popular kepada mereka yang mempercayainya,” katanya.

 

Anwar yang memenangi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lepas mendakwa beliau sudah memiliki jumlah anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru namun tidak menyatakan senarai nama anggota parlimen itu.

 

Tengku Razaleigh berkata Anwar berharap untuk menarik sokongan orang ramai terhadap agendanya untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

 

“Sebab itu ada penyokong di kalangan parti Gerakan, MCA, MIC tertarik dengan tawaran dia. Ini memang menjejaskan BN. Pada pilihan raya lalu (8 Mac) BN kalah di banyak tempat. Selain dari itu, ada juga isu-isu yang lain,” katanya.

 

Beliau berkata negara akan menghadapi keadaan yang buruk sekiranya Anwar menerajui kerajaan disebabkan banyak perbezaan dasar dan ideologi antara pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat. BERNAMA

Comments»

1. ZUL JER - September 22, 2008

nak tubuh kerajaan, tunggu jer pilihan raya.. Apsal? takut pembangkang kalah? Emm memang layak kalah pun.. BN kembali terajui Malaysia..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: