jump to navigation

Muhyidin – Cadangan 9 Oktober, biar PM putuskan September 22, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober seperti dicadangkan.

“Kita serahkan kepada perdana menteri dan juga presiden Umno untuk memikirkannya. 

“Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. 

“Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),” kata naib presiden Umno itu, lapor Bernama.

Muhyiddin, juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Jepun anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) di Kuala Lumpur hari ini.

“Isu pelan peralihan, saya tidak fikir kita perlu memberikan tekanan kuat kepada sesiapa untuk tujuan ini. 

“Saya fikir, yang paling penting ialah apa yang Datuk Seri Najib (Razak) katakan bahawa keputusan paling penting akan
diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat bahagian yang akan bermula Oktober ini,” kata Muhyiddin.

Mengulas sama ada isu peralihan kuasa itu akan mempengaruhi anggota Umno, menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata: 

“Saya berpendapat ahli yang ada sekarang ini terdiri daripada mereka yang memahami dan tahu dan mengikuti perkembangan sedekat-dekatnya.”

Rencana berkaitan : 

http://blog4pro.blogspot.com/2008/09/lame-is-about-to-be-replaced-by-limp.html

http://globalbreakingnews.blogspot.com/2008/09/what-stopping-pak-lah-from-stepping.html

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: