jump to navigation

Blogger Kickdefella dibebaskan atas jaminan polis September 22, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 1 tengahari ini selepas ditahan selama tiga malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau ditemui pula pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau keluar dari ibupejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang dan disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan nya.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

Beliau akan dipanggil semula oleh polis pada 17 Oktober depan. 

Tidak beri kenyataan

Bercakap kepada pemberita di rumah saudaranya di Kuala Lumpur kemudiannya, Syed Azidi berkata beliau tidak memberi sebarang kenyataan kepada polis sepanjang dia ditahan. 

kickdefella released syed azidi 200908 lawyer amrit pal singh (left) salahuddin ayub (right)“Saya beritahu mereka jika mereka mahu kenyataan, mereka hendaklah mendakwa saya dan saya akan beri kenyataan saya di mahkamah di depan hakim,” katanya. 

Syed Azizi berkata, beliau sedar bahawa polis sedang mencarinya sejak hari Selasa di tempat kerjanya di Kelantan.

“Saya cuba menyerah diri kepada polis Kelantan sebaik saya tahu mengenainya, tetapi mereka kata, mereka tidak mencari saya,” katanya. 

Pada hari Rabu, sebuah Pajero lalu di rumahnya sebanyak empat kali sebelum pegawai polis turun dan meminta Syed Azizi mengikut mereka ke Kuala Lumpur.

Syed Azidi mendakwa, pada ketika itu dia tidak sedar yang dia ditahan dan hanya menyedarinya pada hari berikutnya di Mahkamah Majistret Kota Bharu di mana perintah reman dikeluarkan terhadapnya. 

‘Polis layan saya dengan baik’ 

Beliau berkata, sebaik sahaja polis mendapat perintah reman, dia dibawa ke Kuala Lumpur dan ditahan selama dua malam di ibupejabat polis daerah Dang Wangi. 

Syed Azidi berulangkali memuji polis kerana melayannya dengan baik, sambil menambah, mereka memenuhi permintaannya untuk mendapatkan ubat, sejadah dan juga minuman ringan kerana tahap gulanya rendah.

“Mereka tidak mengurung saya bersama suspek yang lain. Saya ditempatkan di dalam bilik tahanan seorang diri,” katanya.

Syed Azidi percaya penahannya bermotifkan politik. 

“Mereka cuba menakut-nakutkan penulis blog lain dan memudarkan semangat saya. Ia tidak berjaya,” katanya.

Mengenai siasatan SKMM, Syed Azidi berkata, ia tdak ada kaitan dengan siasatan polis terhadapnya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: