jump to navigation

Utusan cabar Teresa ambil ujian kesan pembohongan September 20, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, Politics.
trackback

Para pemimpin dan penyokong DAP serta menteri besar Selangor begitu gembira menyambut pembebasan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Dan ia juga menandakan bermulanya ‘perangnya’ dengan sebuah akhbar tempatan.

Walaupun pihak polis telah membebaskannya tanpa syarat selepas tujuh hari ditahan untuk siasatan berhubung peranannya dalam petisyen berhubung laungan azan di sebuah masjid di Puchong, tetapi kebenarannya masih dipersoalkan.

Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini, Teresa ditanya oleh seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia sama ada beliau bersedia untuk menjalani ujian mesin mengesan pembohongan untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau tidak terbabit dalam kontroversi azan tersebut.

Selepas wartawan itu mengemukakan soalan tersebut, Lim Kit Siang bingkas bertanya: “Untuk apa?”.

“Mereka (polis) sudah membebaskannya, membuktikan bahawa mereka yang silap. Tidak cukup lagi ke?” kata Lim.

Teresa mencelah dengan berkata, sepatutnya mesin mengesan pembohongan itu diuji terhadap mereka yang menuduhnya sebelum meminta beliau berbuat demikian.

Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara berkata, beliau akan mendapatkan keadilan di mahkamah terhadap akhbar berkenaan, kolumnisnya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Selain membuat laporan polis terhadap mereka, Teresa juga memfailkan saman RM30 juta terhadap Utusan kerana didakwa telah mencemarkan imejnya. 

Beliau juga akan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan pihak polis kerana didakwa menangkap dan menahannya secara tidak sah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: