jump to navigation

Tian Chua – Pak Lah pengecut, takut berdepan kenyataan September 19, 2008

Posted by nikmj in news, Politics, suarakeadilan.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menunjukan ketakutan beliau terhadap ahli-ahli Parlimen berikutan keengganan beliau mengadakan sidang tegempar Parlimen pada 23 September ini seperti yang diminta Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenai hal ini, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyifatkan Abdullah sebagai penakut untuk berdepan kenyataan dan hanya berani untuk menafikan.

“Abdullah menunjukan sifat penakutnya untuk berdepan kenyataan.kalau Abdullah tidak percaya tentang jumlah Ahli Parlimen yang kami ada, beliau sepatutnya berani adakan sidang tergempar,”kata Tian Chua.

Petang tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani, telah mewakili Pakatan Rakyat untuk mengutuskan surat kepada Abdullah Badawi bagi mengadakan sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dijalankan.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk adakan sidang tergempar.

“Saya tidak lihat apa perlunya untuk memanggil sidang khas di Parlimen,”kata Abdullah di Menara Dato Onn petang tadi.

Sebelum itu, Anwar dalam sidang medianya menuntut agar sidang khas diadakan atau beliau akan memilih jalan lain bagi memastikan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.

“Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain,” katanya di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya.

Katanya, sekiranya Abdullah tidak percaya dengan jumlah Ahli Parlimen, beliau mencabar Perdana Menteri diadakan sidang tergempar dan menurutnya lagi, majoriti ahli Parlimen sudah bersama Pakatan Rakyat

“Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya,” katanya.

Comments»

1. ahmad nazrin - September 20, 2008

Jangan nak cuba mempertikaikan orang lain wahai rakyat Malaysia . Asal usul malaysia ni dari perkataan Malay ( Melayu ) . Tak payah lah nak meracuni rakyat supaya bertelagah sesama sendiri . Malaysia sudah cukup aman ketika ketiadaan DSAI. Tetapi sejak DSAI keluar negara ini jadi kucar kacir . Hentikan lah sikap buruk atau jahil politik beliau demi rakyat . Jangan kerana kuasa rakyat menjadi mangsa . Terima hakikat bhawa sekali kita jatuh tidak mungkin akan duduk di atas semula . Politik kotor . .

2. ahmad nazrin - September 20, 2008

Tian Chua ni umpama kipas faham lah sikit oi jangan jadi bodoh . Dia sokongan DSAI mesti bersebab . Sekiranya DSAI menjadi PM nescaya hak keistimewaan orang melayu akan terhakis sedikit demi sedikit . Cuba perhatikan berkenaan dengan isu UITM dibuka kepada bukan bumiputera dan ini sebagai contoh kepada kamu semua orang melayu supaya bersatu hati menentang DSAI yang menghapuskan orang Melayu bukan membantu . beliau juga bersubahat dengan negara luar dan juga merancang menjatuhkan ekonomi negara .

3. zeck - October 11, 2008

yang percaya cakap DSAI hanyalah ahli pembangkang saja pasal kurang cerdik….sebenarnya tak ada pun AP yang lompat parti. Tian Chua pergi Taiwan pun pasal nak makan angin…lepas tu balik bawa cerita bohong…sampai terbeliak mata ahli PKR. Mulai dari saat ini saya tak akan sokong PKR lagi pasal pemimpinnya kaki temberang….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: