jump to navigation

Pak Lah enggan adakan sidang Parlimen Tergempar September 19, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak desakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.

“Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di PWTC hari ini.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober depan.

Awal hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Katanya, beliau telah membuat permohonan rasmi meminta supaya diadakan sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah, selewat-lewatnya pada 23 September.

Untuk tujuan persidangan tergempar parlimen itu, Abdullah berkata surat yang dihantar oleh Anwar “perlu dalam bentuk surat, bukan kenyataan akhbar”.

“Panjang perkara itu. Biarlah saya tengok dulu. Ini pun bukan surat, hanya kenyataan akhbar semata-mata. Cadangan-cadangan semacam ini hendaklah dihantar dalam bentuk surat bukan hanya dibuat kenyataan akhbar sahaja. Mestilah ikut peraturan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibukota petang ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) “terhadap Anwar atau sesiapapun”.

“Saya tiada apa-apa rancangan untuk mengenakan ISA kepada sesiapa pun. Saya tidak kata apa-apa pun. Kalau ada orang terasa dia nak kena ISA itu, mungkin dia rasa bersalah, saya tidak tahulah,” katanya.

Abdullah kini berdepan dengan usaha Anwar untuk mengambil alih kuasa melalui penyertaan ahli-ahli parlimen BN yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Diminta mengulas permintaan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis beliau berkata:

“Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu”

Mubarak hari ini meminta Abdullah mempercepatkan peralihan kuasa kepada timbalannya Najib elewat-lewatnya sebelum perhimpunan agung Umno pada 16 Disember ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.

Abdullah juga enggan mengulas lanjut bila ditanya mengenai kesediaannnya mempertahankan kerusi presidennya dalam pemilihan Agung Umno akan datang.

“Mesyuarat belum bermula lagi dan apa-apa yang perlu saya laksanakan, apa-apa yang akan saya buat sekali lagi, itu terserah kepada saya. Saya akan cakap dengan Najib, tidak perlulah kamu ulang-ulang tanya,” katanya.

Mesyuarat MT hari ini, kata Abdullah, turut membincangkan laporan Jawatankuasa Pengurusan bahawa terdapat ahli-ahli Umno yang dipecat setelah didapati  menyokong dan menyertai parti pembangkang semasa pilihanraya umum Mac lalu.

Menurutnya lagi, parti akan menghantar surat kepada mereka – seorang dari Beluran, tiga daripada Beaufort – kesemuanya dari Sabah.

Beliau berkata, pertukaran portfolio beliau sebagai menteri kewangan dengan timbalannya turut disebut semula untuk catatan rekod, katanya.

Bagaimanapun, isu ‘panas’ penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno tidak dibawa dalam perbincangan mesyuarat kali ini, kata Abdullah menjawab soalan pemberita.

Comments»

1. Dulani's Blood - September 19, 2008

“Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,” dan kita tak perlu patuhi Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (dan ianya menuntut satu jawapan segera dari YAB Perdana Menteri disebabkan kedudukan genting politik semasa. Sebarang kelengahan dari pihak YAB Perdana Menteri, akan ditafsirkan sebagai satu usaha untuk mensabotaj proses demokrasi dan dianggap sebagai satu penyalahgunaan Kuasa Eksekutif.) lagipun kita dah biasa salahgunakan kuasa rakyat tak kesah…. hehehehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: