jump to navigation

SAPP keluar BN September 18, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional. 

Majlis Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau akan meletak jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur negeri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.

Dua ahli parlimen SAPP ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau). Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).

Menurut Tan, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang juga ketua Pemuda – yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini – telahpun meletakkan jawatan.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang selepas mesyuarat MT tersebut.

“BN telah hilang kuasa moralnya untuk memerintah. Jumlah majoriti di Parlimen tidak bermakna jika rakyat tidak lagi menghormati anda,” katanya.

“Ahli-ahli SAPP yang memegang pelantikan politik dalam kerajaan mesti melepaskan jawatan mereka dengan memberi notis sewajarnya mengikut perlembagaan dan peraturan serta aturan yang berkaitan, bermula di peringkat kabinet,” katanya.

Reaksi PM

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam reaksinya, berkata sudah sewajarnya SAPP meninggalkan BN kerana mereka merupakan masalah di dalam parti.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau’ dan pemergian mereka harus dibiarkan.

“Mereka merupakan masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Manakala Najib pula berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.

Katanya parti itu, sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

“Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa’post mortem’,” katanya.
 

Baca berita penuh 

Comments»

1. Mahmood akma - September 18, 2008

Keluarnya SAPP dari BN sedikitpun tidak akan menguggat kepercayaan dan keyakinan rakyat Sabah kepada pucuk pimpinan khususnya YAB Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Barisan Nasional Negeri.Sememangnya rakyat Sabah sudah muak dengan tindak-tanduk Datuk Yong dan SAPP.Perlu diingat bahawa kemenangan SAPP dalam PRU yang lepas bukanlah semata-mata atas para pengundi SAPP sahaja tetapi gabungan pengundi-pengundi dalam BN telah menentukan kemenangan SAPP pada PRU yang lepas.SAPP harus sedar bahawa kongsi kuasa dalam BN lah menyebabkan SAPP berjaya untuk mendapat mandat dalam PRU yang baru lalu.Jangan TAMAK KUASA DAN HABUAN dari pihak pembangkang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: