jump to navigation

PM guna talian hayat, tukar kementerian dengan DPM September 18, 2008

Posted by nikmj in harakahdaily, news, Politics.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno

Iklan
 
 
   

.Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakhdaily hari ini bagi mengulas senario kekalutan Abdullah merombak kabinet serta-merta.

Bernama melaporkan, Abdullah dan Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Mahfuz menyifatkan Abdullah merombak kabinet hanya kerana bimbang dengan senario dalaman Umno yang tidak menyebelahinya.

Malah pelan peralihan kuasa yang dirancang Abdullah-Najib tidak diterima kalangan Bahagian Umno, dan ini sedikit sebanyak menggoyahkan kedudukan Abdullah, katanya.

Mengapa Abdullah pegang pertahanan?

Selain itu ujar Mahfuz, terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.

“Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dnegan ebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga, kata Mahfuz.

Mahfuz juga menempelak kelemahan Abdullah yang baginya tidak bertanggungjawab terhadap portfolio lamanya sebagai Menteri kewangan selepas membentangkan Belanjawan 2009 yang belum sempat dibahas di Parlimen.

Tidak fikir hal rakyat

Akhirnya, kata Mahfuz Najib pula yang terpaksa menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Abdullah kerana kelemahan Abdullah sendiri.

“Ini satu signal jelas kepada rakyat bahawa kelemahan Abdullah sudah berada dikemuncaknya, dan perlu segera pertukaran kerajaan dilakukan, kata Mahfuz.

Mahfuz juga mempertikai keenganan kerajaan menurunkan harga minyak tatkala harga minyak dunia kini turun kepada USD 92 setong, dan janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak hanya palsu.

“Ini semua kerana Abdullah tidak memikirkan hal rakyat, tetapi hanya fikir selamatkan diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, Abdullah yang bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di Putrajaya ini, berkata portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Katanya beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.

Abdullah berkata dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.

Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.

Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah.

Ganti Abdullah kelak

Najib pula berkata langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.

“Ia melambangkan keyakinan Perdana Menteri pada saya sebab saya akan sentiasa bincang dan rujuk pada Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan ekonomi, hala tuju ekonomi dan keutamaan ekonomi, supaya dasar-dasar kerajaan lebih jelas dan tepat,” kata Najib.

Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: “Lagi turun lagi baik.”

Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan US$92 setong.

Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas.

Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: “Tunggulah lain kali.” _

Comments»

1. Pak Ulong - September 18, 2008

Saudara orang Pas tapi mengapa dok ambil pusing pasal halehwal orang UMNO. Saudara tumpukanlah pada perjuangan Pas dalam Pakatan Rakyat untuk bersama Anwar mengambil alih tampok pemerintahan negara yang di ura urakan. Rakyat dok nanti perubahan. Jangan lah saudara Mahfuz buangkan masa dok pi ambil pusing pasal dalam kain orang UMNO. Biarlah kain depa tu bau busuk. Jaga kain yang saudara dok pakai. Jangan ada najis najis yang boleh mendatangkan bau yang sama macam kain orang UMNO. Saya mahukan perubahan. Oleh itu saya cabar saudara Mahfuz dan rakan rakan yang lain agar membuktikan apa yang diluangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat menjadi realiti. Jangan jadi pembohong dan pendusta pada rakyat. Ayuh……..teruskan ajenda untuk meletakan saudara Anwar menjadi PM. Kiranya sehingga akhir tahun ini, Sauadar Mahfuz serta rakan rakan maseh belum dapat menubuhkan kerajaan baru maka adalah lebih baik saudara Mahfuz serta rakan rakan meletak jawatan atas sebab telah menipu rakyat. Jadi lupakan sengketa Pak Lah dan UMNO nya tumpu pada perkara tukar kerajaan . KATA MESTI DIKOTA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: