jump to navigation

PAS tahu senarai MP BN yang akan sertai Pakatan September 18, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

ahmad awang pas information chief 100605Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan. 

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam  penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno. 

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

hashim jasinManakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Comments»

1. faisal - September 18, 2008

kalau dah tau umu je la…tak perlu sorok2 biar orang tau siapa dia…ini sebenarnya permainan politik untuk kucar-kacirkan malaysia. Biar di kalangan ahli2 mp sabah dan sarawak saling curiga mencurigai…tak lebih dari itu sebenarnya

2. ahli syurga - September 18, 2008

nate beruk gila kuaso.. mu tggu nanti allah murko turunkan bala kat mu semuo..

3. Pengundisabah - September 18, 2008

Kalau benar apa yang didakwa oleh PKR dan PAS mengenai Ahli Parlimen yang mahu lompat parti,sila keluarkan senarai nama ahli-ahli tersebut agar para pengundi khususnya dari Sabah akan tahu keikhlasan seseorang calon BN setelah mereka diberikan mandat dan kepercayaan dalam PRU yang lepas.Kemenangan mereka bukanlah mutlak bagi diri seorang pemimpin tetapi mereka adalah wakil suara rakyat untuk menyuarakan pandangan dan permasalahan rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi!Kalau BENAR,letak jawatan dan adakan pilihanraya semula bagi menentukan kedudukan mereka.Rakyat menentukan segala-galanya.

4. wie.zaba - September 18, 2008

SOKONG PANDANGAN Pengundisabah….

5. nikmj - September 18, 2008

Assalamualaikum semua,
Untuk para pelawat semua, DSAI sebentar tadi telah selesai memberi sidang akhbar diibupejabatnya diTropicana.

Beliau menjelaskan yang beliau belum mengumumkan senarai nama kerana menghormati permintaan para MP BN yang melompat parti yang meminta agar nama mereka hanya diumumkan dengan kehadiran mereka semua.

Sementara itu diminta semua rakyat bersabar.

https://nmjnh.wordpress.com/2008/09/18/anwar-minta-sidang-parlimen-tergempar-diadakan-segera/

6. cucujebat - September 18, 2008

Anuar bohong tak habis – habis.Lepas 23 bila?33,43,53,63,73,83,93………………………. doakan semoga impian anuar tetap palsu selamanya.Baik tentera perintah dari anuar jadi PM…

7. nikmj - September 18, 2008

Tak baik dibulan Ramadhan ni main tuduh-tuduh.

Insyaallah kebenaran akan menang kemudian.

Sementara tu bawa bersabar semua…

8. Ahmad Junaidy - September 19, 2008

Assalamualaikum,

Saya selaku pengundi kali pertama pd PRU lepas sgt tidak berpuas hati dgn langkah DSAI menarik MP Barisan utk lompat ke PR.. Hormat keputusan rakyat… Kalau betul perjuangkan keadilan, PR bentuk lah kerajaan selepas PRU 2013 nnti.. Ni mcm tiada maruah nak mempermainkan undi & hak rakyat… Cukuplah segala spekulasi yg digembar gembur ni.. Menyusahkan & meresahkan rakyat… Sudahlah dunia mengalami kelembapan & krisis ekonomi, ni nak tambah lg masalah pd rakyat… Nak dapatkan kuasa sangat, rakyat terumbang-ambing… Kalau PR dapat bentuk kerajaan pun, adalah MUSTAHIL untuk mereka selesaikan masalah negara…. Tiada negara dlm dunia yg sempurna… Klau dpt selesaikan pon, hanya untuk jangka masa pendek.. PAS sebagai parti yg bertunggakkan ISLAM pun seakan buta hati untuk melihat kemungkinan yg berlaku sekiranya PR berkuasa… Saya berani mengatakan PR tidak mungkin melantik PAS sebagai PM kerana dasar perjuangan PAS & DAP tidak senada… Yg lg pelik adalah, DAP yg memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA, masih lg memperjuangkan hak sekolah Cina & bahasa Cina… Malah majoriti ahlinya berbangsa Cina??? Di mana kesamarataan yg ditonjolkan??? Sepatutnya pengundi-pengundi muda perlu balik rujuk buku sejarah.. Baca balik perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu… Nilai & ambil pengajaran dr peristiwa lepas.. Orang Melayu dah tabur banyak budi kpd Non-Bumi tapi mereka x tahu bersyukur… Ditakdirkan DSAI jadik PM, beliau meninggal dlm jawatan, siapa pengganti beliau?? Azizah? Mustahil.. Nik Aziz? Musathil.. And Hadi?? Mustahil… Non-Bumi juga yg akan perintah… Masa tu hak Bumiputera dihapuskan demi kesamarataan… Masa tu jangan lah menangis, tiada gunanya…

9. emperor - September 19, 2008

ape la korang ni…aku bace komen2 korang ni baru aku tau ramainye la rakyat malaysia yg masih bersifat katak bawah tempurung…aku ingat korang ni mesti org2 dari kawasan pendalaman.sebab komen korang ni nampak sgt yg korang ni tak tau ape2 langsung pasal ekonomi dan politik negara.nak komen dalam otak kosong ilmu takde…biar la diorang dgn plan diorang.ade la sebab2 diorang nak rahsiakan senarai2 tu…diorang lagi tau keje diorang..tak payah korang yg akal cetek ni plak nak pandai2 buat strategi utk diorg…anwar tu universiti antarabangsa pn die buat ceramah…buat ceramah utk negara2 membangun dn negara maju..hongkong,turkey dn lain2…korang rase korang yg baru kuar dari utan ni layak ke nak komen pasal diorang..aku rase doirang yg komen pasal korang ok la…

10. anakpengaitsabah - September 20, 2008

Saya sokong P….E….N…..U…..H!!!!! pendapat Saudara Ahmad Junaidy.Pendapat kita sama geng! Kalau nak sedar,sedarlah sekarang jangan sampai merana dek tempat sendiri! Orang lain dapat senang,kito….merano sepanjang maso……Kalau dah jadi…tak guna,dah TERLAMBAT!!!!

11. pengundisabah - September 20, 2008

Saya SOKONG PANDANGAN Saudara Ahmad Junaidy…Berfikir-fikirlah dari sekarang sebelum terlambat.Jangan NASI DAH MENJADI BUBUR akhirnya KITA YANG LEBUR!!!!!

12. pengundisabah - September 20, 2008

Apa lagi ni…?PKR nak juga rebut jadi pemerintah tapi tak jugak dedahkan senarai nama hingga kehari ni!Kami dah fadeup cerita-cerita macam ni,lebih baik jadi pembangkang selamanya dari buat kenyataan mengelirukan rakyat.Jadi parti pembangkang dalam dewan pun sama jugak untuk membela rakyat,tak payahlah nak jadi PM baru boleh bantu rakyat! Kecoh-kecoh nak jadi pemerintah hanya membazir masa dan tak menguntungkan pada rakyat khususnya kami ni RAKYAT SABAH.

13. pengundisabah - September 20, 2008

Apapun,saya sokong pendapat Saudara Ahmad Junaidy.

14. dxpert - September 21, 2008

nak capai cita2 untuk jadi PM org sanggup buat apa2. Kita sbg rakyat yang merana. Bg sya, saya tak sokong langsung org tu jadi PM sebab belum apa2 pun dah nampak sangat gila kuasa. Then nak mengkucar kacir kan negara la pula dengan memainkan sentimen kaum. Amik cth negara jiran, negara kita tidak akan mencapai tahap maju kalau pemimpin gila kuasa. Nak amik cth pandang la p timur, japan dan korea…masalah kita ni nak capai tahap minda kelas pertama pun susah. Pemimpin pun masih minda kelas 3….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: