jump to navigation

Anwar minta Sidang Parlimen Tergempar diadakan segera September 18, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Sebentar tadi dalam sidang akhbar bertempat diibupejabat PKR diTropicana, DSAI telah meminta Perdana Menteri mengusahakan agar diadakan Sidang Parlimen Tergempar diadakan pada Selasa 23 September 2008.

Ini adalah kerana beliau telah mendapat sokongan tambahan tidak kurang dari 35 MP Barisan Nasional yang bersedia tampil menyokong perubahan dalam pentadbiran negara.

DSAI juga semasa menjawab soalan wartawan telah memberitahu bahawa kesemua MP BN tersebut telah meminta agar beliau tidak mengumumkan nama mereka lagi sehingga keadaan betul-betul selamat. Justeru itu kerjasama dari PM amat diperlukan agar proses pengambil alihan kuasa dapat dilakukan dengan aman.

Tujuan sidang parlimen tergempar perlu diadakan adalah untuk membahaskan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Langkah ini perlu diambil setelah Pak Lah menurut Anwar telah menolak untuk bertemunya secara sukarela. Sekejap lagi DSAI akan bermesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Rakyat untuk langkah seterusnya dikala para MT UMNO sedang bersidang pada pukul 3pm.

Sementara itu Malaysiakini turut melaporkan,

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap  kerajaan pimpinannya.

“Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September,” katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Mstar Online pula melaporkan,

“Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila.”

 

Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk.

 

Hari ini beliau berkata, seramai 35 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

 

Kelmarin – pada 16 September – Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

 

Anwar yang turut diminta memperkenalkan semua Ahli Parlimen seperti yang didakwanya mencukupi untuk membentuk kerajaan, terus merahsiakan maklumat tersebut atas alasan keselamatan.

 

“Kami ada senarainya, saya dah kata nak tunjukkan kepada Perdana Menteri nanti.

 

“Lagi pun ahli-ahli Parlimen berkenaan yang meminta saya agar tidak umumkan dulu sehingga masanya sesuai kerana bimbang akan keselamatan (mereka),” katanya.

 

Pada sidang media kelmarin, Anwar tidak mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu.

 

Sebaliknya kata Anwar, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Abdullah terlebih dahulu.

 

“Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

 

Bagaimanapun pada hari yang sama Abdullah menolak permintaan Anwar itu.

 

Anwar juga menyelar tuduhan kasar Perdana Menteri semalam yang mendakwa beliau merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

 

“Nampaknya Perdana Menteri tidak faham kandungan surat itu.

 

“Saya tulis untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik,” katanya.

 

“Saya guna bahasa yang sopan, tidak pula saya nak kata untuk adakan perbincangan bagi gulingkan beliau dan kerajaannya,” katanya dengan sinis apabila ditanya mengenai pandangan Abdullah bahawa Anwar merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

 

Berita seterusnya menyusul. Klik pautan ini untuk sidang media DSAI.

Comments»

1. lulu - September 18, 2008

gila ko ya

2. sully - September 18, 2008

enough is enough just present the names and take over the goverment and see what will happen.Honestly speaking Anwar not ready as he does not have the support the majority of the malays.
A true muslim will respect and honour month of Ramadan rather than spending his time figthing to become PM.We dont want leader who are obsessed for personal glory.Allah will punish those who despise him and those who are hypocrite.Why Anwar cannot wait after holy month of ramadan.We malays dont understand

3. encho - September 18, 2008

REFORMATION!!!!

4. ashhassimoto - September 18, 2008

siakap si nohong gelama ikan duri,
bercakap bohong , lama lama mencuri

5. kebayan - September 19, 2008

hidops anuar berahim..yeahss

6. blurp - September 19, 2008

kata keadilan tu kan adil…abis tu kenapa si anwar nak org bn lompat parti, tunggu je next general election..gila kuasa btol la dia ni…kalo ada yg lompat penat2 je org ramai balik mengundi…baik buat undi rosak je…org2 pkr takkan tak bley pikir logik langsung..
tak masuk akal la kata org lain tak demokrasi…pkr tu yg tak demokrasi suruh org bn lompat parti….kalo betol2 ikhlas nk jadi PM tunggu je pru 13…baru ADIL

7. Kenyataan Media DSAI 18 Sept 2008 « The Blog Of My Life - September 19, 2008

[…] Untuk huraian secara ringkas, klik pautan ini […]

8. nilzan - September 19, 2008

sebenarnyer bukan die gile kuase… cume perihatin lebih kepada rakyat cube fikir dalam mase yg singkat kerajaan naikkan harga minyak naik banyak turun cikit-ckit…. kalau nak tunggu 3 tahun lg …matilah kite…cume bagi peluang kalau anwar kate die boleh buat terbaik untuk kiter…silakan…kalau die bohong …pilihanraya akan datang BN bangun dan rampas balik…. rakyat tak bute…betul tak…

9. yg benar - September 19, 2008

smue gile kuase

10. pengundisabah - September 20, 2008

kalo nak bantu rokyat, jadi parti pembangkang pun boleh jugak!!!

11. pengundisabah - September 20, 2008

kalo nak bantu rokyat jadi pembangkang pun boleh…tak semestinya jadi pemerintah! setuju tak….

12. ZUL JER - September 22, 2008

kalo nak tolong n prihatin pada rakyat, bukan ini caranya..
Banyak lagi kaedah yang agama kita syorkan.. Ke dah tak ingat Allah SWT?
Nampak cam kaliber sangat dalam kepimpinan Islam.. So? Contohi la Rasulullah.. Menyebarkan Islam dengan aman dan Isya-Allah pertolongan tuhan itu Maha Adil untuk kita..
Ini tak! Melencong jauh dah.. Seolah-olah ulamak yang ada pun bersekongkol.. Yang haram pun jadik halal!
Tapi sekurang-kurangnya kita tahu, hari kiamat sudah hampir tiba bila banyak orang munafik berleluasa di buni, melakukan kehancuran, malapetaka dan umat Islam seperti buih-buih di lautan.. Tak mampu buat paper.. Maksiat? Liwat? Emm sumer dah lali zaman sekarang… Iman? Tanya la diri sendiri.. Amal dah cukup ke belum tak penting, yang penting jatuhkan orang..
Subhanallah..
Aku berlindung dari Mu ya Allah.. Janganlah porak peranda Malaysiaku yang aman.. Kekalkan pemerintahan BN dan orang-orang Islam..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: