jump to navigation

Utusan dituntut bayar RM30 juta oleh Teresa September 16, 2008

Posted by nikmj in islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

 Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok – yang kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – menuntut Utusan Malaysia menarik balik sebuah artikel yang didakwa memfitnah dan merosakkan nama baiknya.

Beliau turut meminta akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maafnya dengan segera dan membayar ganti rugi sebanyak RM30 juta, termasuk kos.

Teresa hari ini melalui peguamnya Sankara Nair turut menuntut akhbar milik Umno itu agar tidak mengulangi kata-kata, tuduhan dan komen yang dibuat seperti dalam kolum ‘Cuit’ itu.

Pada 10 September lalu, Utusan Malaysia menyiarkan artikel berjudul ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ (babi) yang menyebut “seorang YB wanita DAP yang berkaca mata” menasihatkan pengurusan sebuah surau supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.

Artikel Zaini Hassan itu mengulas kenyataan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dilaporkan berkata ”ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”, dua hari sebelumnya dalam akhbar yang sama.

Menurut surat tuntutan itu, artikel tulisan pengarang kanan akhbar itu didakwa menggambarkan Teresa sebagai “bersifat perkauman, fanatik agama, tidak boleh dipercayai, ahli politik yang teruk, tidak boleh bertolak ansur, tidak berprinsip serta menentang Melayu dan Islam.”

Surat itu yang dihantar petang tadi itu juga menyebut penyiaran artikel itu mendedahkannya kepada kebencian, cemuhan, diejek dan dipandang rendah.

Siaran artikel berkenaan, menurut surat itu lagi, pada prinsipnya dibuat untuk mencari publisiti murahan dan sensasi dan menyebabkan kerosakan serius pada nama baik dan perwatakannya.

Akhbar itu diberikan masa 24 jam untuk mengemukakan jawapannya sebelum dikenakan tindakan saman fitnah.

Comments»

1. maxxim - September 16, 2008

salam. saya ada mendengar ceramah agama, seorang ustaz menyatakan dalam melaungkan azan bukan kekuatan sistem audionya tetapi kekuatan keimanannya melaungkan syiar islam. pada zaman nabi, pernah sahabat nabi meminta untuk melaungkan azan yang asalnya tugas bilal. apa yang terjadi malaikat jibril turun menanyakan pada nabi. apakah azan tidak dilaungkan. kerana tidak kedengaran dilangit. marilah kita fikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku. pendapat saya soal laungan azan ini telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

2. ayuh kite berkumpul 1juta melayu - September 16, 2008

ko ni gile la
memang la pendapat ko tu boleh di terima
coz mayby ko ni ahli2 pr yang gile
hahahaha
ni negare islam bukan negara kapir
kalu orang bangsat lain pon da berani tegur pasat azan
aku percaye pasni diorg nk tukar plak agama rasmi negara
aku berjanji kalu diorang wat cam tu
1
mei akan berulang

3. ashportal - September 25, 2008

btul…dlm waktu ni bukan bole kire dah…mula2 azan..kite pun baik ati la kate “oh kekuatan azan xpenting, yg penting keimanan org yg nk bagi azan”…pastu esok2 derang nk tukar malaysia bukan lagi negara islam ko nk kate ape plak?

aku tanye ko derang pernah ke baik ati nk dgr masalah kite, aku berani ckp xde langsung. derang xpeduli langsung. cthnye, derang bela anjing, ko ske ke? aku xske, xselesa, kotor, bising, bahaya,tapi pernah ke derang ambil peduli yg kite ni xske, itu baru anjing, blum lagi masalah ba–alif–ba–ya.

pkir mcm ni je sudah, skrang ni dah ade mcm2 gerakan yahudi utk jatuhkan islam, mungkin ko xnampak, tapi kalu ko rajin kaji ko akan tau mcm mane yahudi tu gerak, sgt lah tersembunyi sampai ko pun xtau yg derang dah mula bertindak.So, pikir dulu byk2, igt keluarga dan agama. maruah bangsa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: