jump to navigation

Datuk K nafi madukan Siti Norhaliza September 16, 2008

Posted by nikmj in Entertainment, General, mstar, news, Siti Norhaliza.
Tags: , , , ,
trackback

KHALID Muhammad Jiwa bersama Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Siti Nurhaliza Productions di Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.- foto mStar Online


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, 49, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya sudah berkahwin dengan seorang pramugari, seperti yang tersebar di internet baru-baru ini.

“Sebenarnya perkara seperti ini, kamu (media) ambil daripada gosip saja… gosip tidak berasas kerana kita tidak tahu dari mana datangnya.

“Saya sedar tentang cerita ini dalam dua tiga hari yang lalu. Itupun kerana ramai rakan saya menghubungi saya untuk tanyakan perkara itu.

“Sejak saya berkahwin dengan Siti, 99 peratus masa saya banyak bersama dengan dia. Jadi, macam mana boleh timbul cerita seperti ini,” ujar Khalid yang juga dikenali dengan panggilan Datuk K ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjura Siti Nurhaliza Productions di Menara Yayasan Tun Razak, malam tadi.

Khabar angin tersebut hangat diperkatakan di Internet yang mana Khalid dikatakan sudah bernikah dengan wanita tersebut di luar negara baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau akan menyiasat perkara itu sehingga ke akar umbi, kata Khalid, dia tidak berminat untuk berbuat demikian.

“Saya tak minat untuk siasat. Ini bukan pertama kali perkara seperti ini berlaku. Dulu orang cakap saya pukul Siti lah… macam-macam. Biarkanlah saja.

“Saya harap perkara ini selesai di sini, tetapi jika mereka masih ingin teruskan, saya tidak mampu halang,” tutur Khalid yang ditemani Siti di sebelahnya.

Dalam pada itu, Siti juga melahirkan rasa terkilannya ekoran dakwaan tidak berasas terhadap suaminya yang kini sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak.

“Bila saya baca tentang cerita itu, memang dalam hati saya langsung tidak percaya dengan apa yang didakwa. Tetapi sudah tentu bila orang asyik memperkatakan tentang hal ini, saya ada juga bertanyakan kepada suami.

“Walaupun begitu, saya memang sukar untuk mempercayai cerita tersebut. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menaruh apa-apa prasangka terhadap suami,” tutur Siti sambil tersenyum.

Siti dan Khalid selamat bergelar suami isteri pada 21 Ogos 2006


Comments»

1. izamree - September 16, 2008

..ape tak nyer..siti belum beranak, tapi badan dah macam anak 3.. dato K steady..dato K..ada wang ada kemampuan apa salah tambah lagi satu..

2. biskita - September 18, 2008

tak pe…ada kemampuan,teruskan jee….

3. maman - September 18, 2008

kalau dah tak mau siti bagi aku ajela

4. fayatainara - September 19, 2008

branak la dlu..bru suami xtgl…

5. penan tok - September 19, 2008

Ntah2 dato khalid yg taknak anak cm bekas suami azharina.keluarga siti adik bradik ramai.tk mgkin siti mandul.
Org berkemampuan apa salahnya kan?

6. biskita - September 20, 2008

biasalah Datuk K tu,cuba elak apa yang diperkatakan..macam dia jumpa Siti dulu tu….banyak dolak-dalik Datuk K akhirnya jadi kenyataan juga!Ingat tak Siti.

7. ZUL JER - September 22, 2008

datuk kena main elok-elok..
aduiii.. leceh la, ct yang cun pun gagal..
Tapi kuasa tuhan gak kan tentukan.. emm, tak per, test org lain plak..

8. nani - September 24, 2008

jangan percaya sangat datuk k tu..
tu je yang boleh aku cakap..
kena simpan sket kepercayaan tu untuk diri sendiri k..

9. anggun - November 19, 2008

tak salah kan kalau datuk k kawin lagi,kata mampu bukan kata 1 lg 2 pun bole he he he

10. Tanggungjawab sape SARA ANAK2? - November 26, 2008

Bila lepas tanggungjawab lebih mudah dari cerai – Malaysia kini. Ramai wanita menjadi mangsa lelaki yang mengabaikan tanggungjawab pada anak isteri kerana mengejar nafsu serakah. Wanita digantung tak bertali dan dipermain di mahkamah…nafkah tak diberi. Tak heran isu 2 laki kalau 1 laki banyak menyusahkan…tak bertanggungjawab. Kawin banyak lagi mudah dari cerai!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: