jump to navigation

Anwar – Majoriti sudah cukup untuk tubuh kerajaan September 16, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

“Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato’ Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali.

http://www.harakahdaily.net

Comments»

1. Pakulong - September 16, 2008

Kalau dah cukup tunggu apa lagi Anwar , tubuh sajalah. Jangan dok main boria sangat dah letih dok dengar cakap hang. Hang jangan la bagi malu orang Pulau Pinang nanti depa kata orang Penang ni dok tembak aje pandai. Cukup lah apa yang hang dok kata dari satu hari kesatu hari tapi habok pun takda. Pasal apa hang nak pi jumpa Pak Lah pula nak bawa bincang pasal ambil alih kerajaan. Tak payah le pi bincang lagi. Puak UMNO tu tak kan nak bagi hang jadi PM. Aku ni bukan lah pandai sangat dalam politik tapi aku tak suka lah kalau hang dok cakap yang tak serupa bikin. Kalau pun hang nak jadi pembela pada pada rakyat sebagai ketua pembangkang pun hang boleh main kan peranan yang berkesan.

2. sedihtgok malaysia - September 16, 2008

anwar jadi pm malaysia pun dia jual.masa anwar mula dalm kerajaan aku ikut dia.dia cakap manis nak buat tak tahu.macm mana nak meminpin.aku kesian tgok rakyat pematang pauh di tengelami air.anwar dok kejar kuasa.rakyat terbiar.minu air banjr kesian.kadang2 aku sedih tengok pkr,pas,jadi boneka.umno ni parti lama yang merintah tapi yang meminpim parti tu tak reti.

3. Pelajar Yang Merana - September 18, 2008

Cepat tubuh kerajaan baru, aku dah serik dengan pak lah gampang
dia sebab hidup aku merana ddan makan x pernah cukup langsung
aku berdoa agar pak lah tumbang dengan kerajaan BN yang angkuh jahanam, amin!!!!

4. ibu mertua - September 18, 2008

pelajar yg merana, patut pun u merana, seb u tak tau bersyukur, kerajaan kta lebih baik drp negara2 lain yg asyik bergolak.. u pi lah menjelajah negara2 luar u tengok sendiri bagaimana… ko masih budak hingusan, perlu bnyak belajar dlm mensyukuri nikmat hidup…

5. melati putih - September 18, 2008

anuar penghianat bangsa melayu.. itukah manusia jdi pilihan memimpin umat di bumi malaya, gunakan akal yang waras.. kta hindari manusia sprti ini perosak bangsa, perosak negara, perosak agama dan perosak segalanya.. Tuhan tak izinkan dia jadi pemimpin… dialah manusia durjana akhir zaman…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: