jump to navigation

Zaid Ibrahim letak jawatan September 15, 2008

Posted by nikmj in General.
trackback

Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. 
Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 petang.

Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zaid gagal mempertahankan jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu selepas tidak mendapat cukup pencalonan.

Beliau hanya mendapat 17 pencalonan, kurang tujuh daripada yang diperlukan. 

Semua 116 cawangan telah mengadakan mesyuarat tetapi empat cawangan diarahkan bermesyuarat semula kerana masalah teknikal.

Berikutan itu, jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu dimenangi oleh bekas timbalannya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, pemangku jawatan tersebut sewaktu Zaid digantung keahlian selama tiga tahun kerana politik wang.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Che Mansor Adabi berkata, kegagalan Zaid itu kerana ahli mahukan perubahan kepada pucuk pimpinan bahagian.

“Ia mungkin ada kaitan dengan politik Umno yang sedang berlaku sekarang,” katanya.

Mohd Fatmi kini setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Untuk selanjutnya klik pautan ini

Comments»

1. PakUlomg - September 17, 2008

Janganlah kita terlalu mengambil berat dengan perletakan jawatan oleh beliau. Lagi pun maseh ramai yang mampu memikul tanggungjawab untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan. Pemimpin datang dan pergi, yang perlu dilakuan oleh Pak Lah hanya cari penganti yang bersesuaian dan yang berkebolehan untuk memikul bebanan yang Zaid tingalkan. Kita tak tahu apa yang Zaid lakukan ini atas sebab apa, yang mengetahui hanya tuan ampunya diri dan ALLAH SWT sahaja. Oleh yang demikian maka jangan lah kita memanjangkan lagi episod ini.Nanti kelak banyak fitnah dan kata dusta yang akan kita perolehi. Cukuplah dengan seorang pemimpin yang bercakap bohong kononnya dia akan tubuhkan kerajaan pada 16 september. Kepada Zaid saya ucapkan selamat dalam apa jua yang akan saudara lakukan selepas ini. Kepada ahli politik tolonglah jangan dipolitikan isu ini. Dah muak dan meloya mendengar cakap cakap yang tak memberikan apa apa feadah pada negara. Akhir sekali, satu lagi pesanan saya pada Zaid, tolong letakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara kerana perlantikan saudara sebagai senator adalah berhubung kait dengan jawatan yang telah saudara lepaskan. Jadi anak jantan,jangan jadi macam pondan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: