jump to navigation

Wartawan Sin Chew dibebaskan September 15, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, news.
Tags: , , , , ,
trackback

Untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang penahanan beliau selama 18jam yang diceritakan oleh beliau sendiri, klik pautan ini.

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng,  yang dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, mencipta sejarah sebagai tahanan paling singkat negara ini.

Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang semalam selepas ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam

Tan yang dibawa keluar dari IPK Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi tidak dibawa ke Bukit Aman sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya dia disiasat di IPK Perak dan dibebaskan di IPK Pulau Pinang.

TAN  Hoon Cheng,  (kanan) memeluk ibunya, Khor Ah Heok setibanya dia di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam petang semalam selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tan dibebaskan kira-kira 2.30 petang.  Dia ditahan untuk membantu siasatan berhubung laporannya mengenai ucapan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan isu perkauman. –fotoBERNAMA

Ketika ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam, Tan berkata, dia berpuas hati dengan layanan pihak polis sepanjang tahanan.

Dia juga mempertahankan laporannya mengenai kenyataan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail.

Tan, 33, berkata, dia melaporkan ucapan Ahmad yang didakwa menimbulkan  isu perkauman secara profesional dan menulis apa yang beliau dengar pada malam itu.

“Saya hanya tulis apa yang saya dengar,” katanya kepada pemberita di rumahnya selepas dibebaskan kira-kira pukul 2.30 petang. 

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang termasuk polis kerana mereka layan saya dengan sangat baik dan profesional. Tak dapat tidur lena, tapi polis layan saya dengan baik, tiada masalah,” katanya.

Tan berkata, kejadian itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan tugasnya.

Menurut Tan, dia telah disoal siasat berhubung laporannya yang berkaitan dengan ucapan Ahmad ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang melabelkan kaum Cina negara ini sebagai “penumpang”.

Dalam pada itu, Syed Hamid menjelaskan, tahanan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok akan disambung – selama 60 hari yang dibolehkan oleh ISA.

Syed Hamid memberitahu, syor untuk menahan mereka datang daripada polis bukannya arahan beliau.

Beliau mengulangi bahawa Tan ditahan ekoran maklumat bahawa keselamatannya terancam dan pihak polis mahu mendapatkan maklumat mendalam.

Kata beliau, penahanan kali ini dibuat kerana pihak polis mempunyai asas kuat yang perbuatan mereka boleh membahayakan ketenteraman awam.

“Polis bertindak dengan kuasa mereka dan bukan di bawah arahannya,” kata beliau.

Sementara itu, Malaysiakini juga melaporkan hal yang sama.

Wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan petang tadi dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Difahamkan, dia dibebaskan dari sebuah balai polis di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang, dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis.

tan hoon cheng 04 120908Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam tadi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Tan, dia dihantar pulang oleh polis ke rumahnya di Taman Muhibbah pada jam 4 petang dari Ipoh. Sebaik sahaja tiba, Tan terus memeluk ibunya yang berusia 65 tahun.

Wartawan kanan Sin Chew Daily itu berkata, dia memberi kenyataan kepada polis di beberapa buah balai yang berlainan di Pulau Pinang dan Perak sepanjang hampir 16 jam berada dalam tahanan polis.

Katanya, dia telah memberi maklumat kepada polis mengenai isu-isu tertentu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, Tan membayangkan yang dia disoalsiasat oleh polis mengenai ucapan ketua Umno Bukit Bendera yang digantung dan dilucut jawatannya, Datuk Ahmad Ismail sewaktu pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

tan hoon cheng released back home 130908.jpgKontroversi tercetus selepas Tan melaporkan ucapan Ahmad yang didakwa berbaur perkauman.

Tan tetap menegaskan bahawa apa yang ditulisnya mengenai ucapan Ahmad adalah apa yang didengarnya ketika beliau (Ahmad) berceramah.

“Saya tidak mereka fakta. Apa yang saya tulis adalah betul-betul apa yang saya dengar darinya,” kata Tan.

‘Saya tidak akan berhenti’

Bila ditanya sama ada dia kini merasa takut dan akan berhenti menjadi wartawan, jawapannya adalah ‘Tidak’.

“Saya tidak akan berhenti menulis.

“Saya akan terus berkhidmat sebagai seorang wartawan yang bebas dan adil,” katanya kepada pemberita di rumahnya selepas dibebaskan dari ISA.

Sebelum ini, dia dikatakan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur, selepas ditahan malam tadi.

Bagaimanapun, dia tidak pernah sampai ke Bukit Aman, tetapi hanya dibawa sejauh Ipoh sahaja.

“Saya tidak tahu mengapa saya ditahan di bawah ISA,” katanya mengulas mengenai penahanannya itu yang menggemparkan masyarat wartawan di Pulau Pinang malam tadi.

Satu majlis memasang lilin telah diadakan malam tadi di Pulau Pinang dan ibupejabat polis daerah Seberang Perai Tengah sebagai membantah penahanan Tan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan beberapa ahli Parlimen, pemimpin Gerakan dan MCA mendesak pihak berkuasa supaya membebaskan Tan, ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan ISASementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Tan telah dibebaskan pada jam 11.10 pagi dan telah dihantar pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam pada jam 4 petang ini.

Dalam satu kenyataannya, Lim mengalu-alukan pembebasan Tan tanpa syarat itu dan berharap dua lagi tahanan – Teresa dan Raja Petra  – juga akan dibebaskan. 

Lim yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Katanya, rakyat Malaysia tidak boleh lagi menerima penggunaan ISA untuk mengekang kebebasan bersuara, kebebasan mendapatkan maklumat dan hak untuk membuat laporan yang tepat dan profesional seperti yang dilakukan oleh Tan.

Lim berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas profesionalnya sebagai seorang wartawan.

“Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain,” katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu juga menyatakan penghargaannya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob atas bantuan yang diberikannya.

Pembebasan Tan telah dijangkakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar membayangkan bahawa beliau mungkin dibebaskan hari ini.

syed hamid albar putrajaya pc 310708 01Bercakap di Johor Bahru pagi tadi, Syed Hamid berkata, penahanan Tan di bawah ISA adalah sebahagian daripada langkah perlindungan kerajan bagi “memastikan keselamatannya”.
  
Sementara itu, ketika bercakap dalam satu sidang akhbar di Bukit Aman petang tadi, Syed Hamid mengesahkan pembebasan wartawanSin Chew Daily itu.

Syed Hamid berkata penahanan Tan adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.
    
Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbau perkauman dalam satu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan lalu sehingga menimbulkan polemik politik di negara ini.

“Beliau adalah orang pertama yang menyiarkan laporan berhubung kenyataan (bekas) ketua Umno Bahagian Bukit Bendera (Datuk) Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauman, maka kami perlu menangani isu ini dengan sebaik-baiknya.
    
“Kami tidak mahu apa-apa berlaku terhadap wartawan ini apabila terdapat ancaman terhadap nyawanya,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut Bernama, Syed Hamid berkata editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin ditahan mengikut ISA selepas polis mendapati artikel editor berusia 58 tahun itu menyentuh sensitiviti perkauman.
    
Beliau berkata Raja Petra telah dinasihati dan berulangkali diberi amaran supaya menghentikan penyiaran artikel-artikel seumpamanya, tetapi tidak diendahkan.
    
“Penahanan Teresa Kok pula adalah berhubung komennya yang tidak sensitif mengenai laungan azan. Kita tidak boleh campur tangan dalam mana-mana upacara atau amalan keagamaan,” kata
beliau.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: