jump to navigation

Anwar – KERAjaan BN tindas rakyat dari bersuara demi kebenaran September 15, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno, menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas dan membungkam rakyat Malaysia yang berani bangkit bersuara demi kebenaran dan integriti. 

anwar ibrahim mp swearing in 080828 04“Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  
 
Anwar turut mengulangi kecamannya terhadap ISA dan penggunaannya untuk menahan penulis blog serta aktivis terkenal Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh yang juga exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.  
  
“Pada 8 Mac dan kemudiannya pada 26 Ogos, rakyat Malaysia menyuarakan hasrat mereka agar terbentuknya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat.

“Barisan Nasional yang diketuai Umno sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini,” kata Anwar yang juga penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Bagaimanapun, tegas Anwar, mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini bagi menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka.
  
“Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
   
“Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik Barisan Nasional yang diketuai Umno, apa yang berlaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat 
dari masalah dalaman Umno yang kian memburuk. 

Masyarakat berbilang kaum

“Kami pimpinan Pakatan Rakyat bertekad serta berjanji bahawa kami  tetap komited untuk membina masyarakat berbilang kaum yang teguh.
 
“Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 8 September lalu. 

“Kenyataan itu membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera lainnya.

“Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir,” katanya. 

Anwar berkata, sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, “kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan”.  
  
“Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestilah dibebaskan segera. 

“Kami  juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini,” katanya.

Comments»

1. SediH - September 15, 2008

SediH Berkata:
Isnin, 15 September 2008 at 11:44 am
kenapa blog seperti ini tidak dibincangkan..?

http://rakansiswa.com/a/715ApakahYesus.html

dalam B.Melayu plak tu….adakah pihak Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakkan kerana percaya Blog ini tidak seperti Malaysia Today yg boleh menggugatkan parti mereka?

2. nikmj - September 15, 2008

Saya tidak meluangkan masa untuk membincangkan blog sedemikian kerana bagi saya semua orang bebas menganut agama masing-masing.

Jika kita ingin menguatkan pemahaman tentang agama kita, kita juga harus mempelajari tentang agama lain supaya ia dapat digunakan sebagai perisai agar tidak mudah terpengaruh.

Suka saya nyatakan disini agama adalah hak individu. Bagi umat Islam, kita harus bersyukyur kerana mendapat hidayah Allah swt.

Menentang hak beragama bagi saya tidak adil kerana ia secara tidak langsung menentang hukum karma Allah swt. Memberi hidayah adalah hak mutlak Allah swt.

Insyaallah jika semua umat islam memainkan pernan masing-masing dengan mengamalkan ajaran islam sebetulnya, mereka yang kafir akan memeluk islam secara sukarela.

3. norseman - September 16, 2008

Biarlah mereka percaya dengan apa yang mereka percaya. Bukan hak kita untuk mempertikaikan kepercayaan orang lain. Yang penting kita perlu menghormati kepercayaan mereka dan begitu juga sebaliknya. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam dan berpeluang mempelajari dan mendalami ajarannya.. Islam agamaku dunia akhirat.Seorang Islam yang baik ialah yang mengmalkan ajarannya dengan tulus ikhlas. Penganut yang mengaku Islam tetapi kelakuannya sangat bertentangan dengan ajaran Islam telah memberi gambaran yang sangat tidak baik terhadap Islam di mata orang bukan Islam. Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik kepada sesama manusia tidak kira apa keturunan dan agamanya. Memang Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa dan rupa supaya manusia boleh belajar, mempelajari dan kenal-mengenal antara satu sama lain untuk kebaikan. Kita hanya ada satu DUNIA sahaja untuk dikongsi bersama.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: