jump to navigation

Penjelasan Sanusi kenapa Tun masuk UMNO semula September 13, 2008

Posted by nikmj in General, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat menyertai semula Umno kerana mahu mengukuhkan kembali parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin parah tetapi bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir dalam perjumpaannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah; Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik; Pemangku Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang; veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan beliau sendiri, Sabtu lalu.

“Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin mencadangkan supaya Tun kembali semula ke dalam Umno kerana hanya dengan cara itu, Tun dapat menyuarakan pandangannya kepada Umno.

“Sekarang ini, orang Umno nak panggil kita pun serba salah kerana kita bukan ahli Umno.

“Tun kata beliau sanggup pertimbangkan… yang lain terpulang kepadanya. Beliau belum buat permohonan dan belum umum bila beliau nak masuk (semula Umno) serta cawangan mana dan bahagian mana (mahu menjadi ahli),” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sanusi berkata, walaupun Dr. Mahathir sebelum ini meletakkan syarat yang beliau akan kembali semula kepada Umno hanya apabila Abdullah berundur, tetapi apabila melihatkan parti itu menjadi bertambah teruk, beliau mempertimbangkan keputusan itu.

“Kita fikir tentang penyerahan (kuasa daripada Abdullah kepada Najib) pada 2010… nak menghadapi pilihan raya berikutnya cuma ada lebih dua tahun sahaja.

“Jadi dalam keadaan Umno dan BN yang semakin parah dan keyakinan rakyat yang semakin terhakis, sempatkah kita nak menang pada pilihan raya tahun 2013… kalau (2010) baru nak serah kuasa, kita hendak jamin kekalahan Umno pada 2013.

“Kita tidak boleh kata andaian itu melampau kerana terbukti pada 2008 kita dah punah,” katanya.

Sanusi berkata, kedudukan Umno dan BN semakin parah apabila teguran dibuat terhadapi Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berikutan kenyataannya menyentuh sensitiviti kaum Cina pada kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.

“Patutnya ada satu jawatankuasa menyelidik seperti polis atau paling tidak pun Suruhanjaya Diraja (untuk menyiasat).. ini tiba-tiba beliau digantung (keahlian) begitu sahaja dan kita nak tahu apakah masalah ini selesai dengan penggantungan itu.

“Ini menjadi lebih parah…orang Umno ada yang marah, orang bukan Umno nak barangkali beliau (Ahmad) dihukum lebih teruk. Jadi makin tidak puas hati (di kalangan ahli) dan kita kena cari jalan,” katanya.

Sanusi berkata, Dr. Mahathir tetap bertegas mahukan Abdullah berundur atas alasan beliau yang dikatakan menjadi punca kepada krisis dalam Umno dan BN.

“Ini katanya ada banyak perkara yang hendak dilakukan kepada Umno (merujuk akhbar hari ini) sampai orang tegur pun marah.

“Kenapa marah-marah Muhyiddin… beliau tidak boleh cakap apa-apa dah. Beliau (Abdullah) kecam Muhyiddin kerana menegur keputusan Kabinet sedangkan beliau hanya mengeluarkan pandangan melihat kepada keadaan,” katanya.

Sanusi, bekas Menteri Besar Kedah dan anggota Kabinet persekutuan berkata, tindakan Dr. Mahathir menyokong Tengku Razaleigh disebabkan hanya beliau seorang sahaja yang mahu bertanding jawatan Presiden Umno.

Ketika ditanya sama ada beliau akan turut menjejaki langkah Dr. Mahathir menyertai semula Umno, Sanusi menyifatkan beliau hanyalah ‘orang kecil’ dan enggan mengulas lanjut.

Sanusi berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan tentang masalah Umno termasuk kekalahan BN pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya 2004 tapi pada 2008, tidak patut kita kalah.

“Kemudian Tun memikirkan akan berlaku perubahan yang baik dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi lagi teruk. Itu bermakna masih tiada perubahan sedangkan di Permatang Pauh, jentera parti seluruh negara telah bekerja dan dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Ihsan pinkturtle http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/09/13/7466/

Comments»

1. biskita - September 18, 2008

Sudah sampai masanya Tun M kembali kepangkuan UMNO demi menyelamatkan parti dan keyakinan BN.Hanya Dr M yang boleh menyelesaikan kemelut politik pada masa kini.Ayuh Dr M, kami sentiasa bersama Tun.

2. Andro - September 18, 2008

Assalamualaikum…Tun Mahathir Mohammad diharapkan dapat kembali ke pangkuan UMNO kembali bagi memperkasakan kembali kegemilangannya seperti dahulu….kita dapat lihat sekarang betapa lumpuhnya pentadbiran UMNO sekarang…ini boleh menyebabkan UMNO diambang kejatuhan….jadi diharapkan kembalinya Tun M dapat memperbaiki dan menyusun kembali pentadbiran dalam UMNO bagi mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap tampuk pemerintahan Umno

3. Andro - September 18, 2008

AYUH TUN MAHATHIR BERJUANGLAH JANGAN BIARKAN UMNO DIAMBANG KEJATUHAN…KAMI SENTIASA BERADA DIBELAKANG PERJUANGANMU….HIDUP UMNO!HIDUP MELAYU!

4. pengundisabah - September 20, 2008

HIDUP TUN MAHATHIR! HIDUP UMNO ! KAMI MENANTI KEHADIRAN MU.

5. Im run - September 20, 2008

Gantikan wakil rakyat kami di DUN n.23( yb Karim Bujang). selama 5 penggal memerintah tiada pn hasil untuk penduduk d sini. makin mundur lg…. bagus nda payah MERDEKA!!!!!!!!!!!

6. Anuar Mohamat Sarip - September 24, 2008

TUN Mahathir Kembali ke menyertai UMNO….. Al hamdulillah… kembali untuk memartabatkan UMNO ??? Persoalannya berapa ramaikah sebenarnya yang mahu kan TUN kembali ke pangkuan UMNO ??? Rata-rata ahli majlis tertinggi terdiri dari ahli politik yang korupsi, angkuh dan pak turut yang hanya mementingkan perut sendiri dan kroni. Memanglah ada diantara ahli MT yang sudah menyuarakan secara terbuka agar Dollah berundur tapi saya tak rasa dengan Najib mengambil alih bolih merubah keadaan dalam UMNO ini terbukti dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, kehadiran Najib tidak memberikan apa-apa makna pada orang melayu lagi, kerana orang melayu sudah bosan dengan sandiwara pemimpin dan mahukan perubahan yang besar dalam pucuk pimpinan dalam UMNO. Apakah UMNO bersedia untuk melakukannya??? Apakah pengaruh TUN sekarang bolih mengugat kedudukan Dollah & Najib yang menanti dengan penuh sabar untuk mengambil alih tampuk pemerintahan….Selagi tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan timbalan UMNO…. saya tak nampak perubahan akan berlaku…

7. lovender - October 8, 2008

I admire u.

8. AntiMelayuMalasNakFikir - October 17, 2008

ITS TIME FOR MALAY TO THINK!
Siapa sebenarnya Dr. Mahathir…
Siapa Syed Mokhtar Al Bukhari, Vincent Tan & Ananda Krishnan?
Ada Otak fikir betul-betul…

9. Pak Ulong - October 20, 2008

Buat lah UMNO itu macam harta mak bapa hampa yang punya. Lepas bapa masuk anak, masuk adik, masuk menantu dan tah lama lagi masuk cucu. Apa takda anak melayu lain yang nak dipilih lagi. Kenapa maseh mahu jadikan UMNO barang pusaka harta mak bapa depa. Wahai ahli UMNO , kalau sayangkan parti dan nasib orang melayu ,ubah lah tradisi yang selama ini digunapakai. Anak presiden ketiga dah jadi timbalan presiden dan akan bertanding jawatan presiden kelak. Anak presiden keempat (cucu presiden pertama) dan jadi ketua pemuda dan akan bertanding naib presiden. Anak presiden kelima pula exco pemuda dan akan tanding jawatan ketua(bapa dah keluar dari UMNO). Presiden keenam anak ada dua ,seorang laki laki seorang perempuan. Kedua duanya tak aktif politik tapi menantu pula ambilalih. Sekarang naib ketua pemuda. Nak tanding jawatan ketua pula. Apa semua ini ? Anak orang lain tak boleh jadi pemimpin ke. Anak orang susah atau anak orang kebanyakan tak layak ke nak pimpin UMNO. Kalau berginilah tradisi yang UMNO nak jaga ,saya percaya pada satu masa nanti UMNO akan berkubur dan ditaman diperkarangan masjid negara kerana disitulah semua pemimpin kanan UMNO dikebumikan dan akan dikebumikan nanti. Harapan saya pada yang dah masuk skim pencen macam Sanusi tu janganlah dok masuk campur lagi dalam urusan parti. Berilah peluang pada generasi muda umtuk memimpin. Bawalah diri itu duduk dirumah dan buat amal ibadat. Pada Tun pula, sudah sudahlah. Tak puas ke dah jadi no.1 selama 20 tahun lebeh. Tun sebagai negarawan pada setengah rakyat janganlah pula nak letak anak Tun untuk menarajui UMNO. Anak Tun tak layak pun. Sama lah dengan menantu Pak Lah. Kedua duanya hanya berkebolehan untuk memecah belah ahli UMNO.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: