jump to navigation

Abdullah setuju dengan Muhyiddin, peralihan kuasa Disember ini September 13, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Umno Bahagian Rantau Panjang mencadangkan agar pelan peralihan kuasa antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan dari 2010 kepada Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin berkata beliau bersetuju dengan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tempoh peralihan kuasa sekarang terlalu lama.

“Lebih baik peralihan kuasa itu berlaku pada Disember ini kerana pemimpin baru dapat mengukuhkan parti dan mengambil langkah awal dalam mencari keyakinan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa perdana menteri terkejut dengan kenyataan Muhyiddin bahawa tempoh peralihan itu terlalu lama.

Abdullah berkata dengan peralihan kuasa yang lebih awal, pemimpin baru dapat merancang dengan teliti untuk mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional untuk menawan semula negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Di Perak, Ketua Umno Bahagian Kampar Datuk Mohd Radzi Manan juga bersetuju bahawa tempoh peralihan itu terlalu lama dan menyambut baik kenyataan Najib supaya mesyuarat bahagian Umno menentukan perubahan dalam pelan peralihan kuasa itu.

“Kenyataan ini membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan Umno. Ia membawa erti beliau tiada halangan dicalonkan bagi mana-mana jawatan termasuk jawatan presiden,” katanya.

Timbalan perdana menteri dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata beliau menyerahkan kepada ahli Umno untuk memutuskan bilakah peralihan kuasa daripada perdana menteri dan presiden Umno itu perlu dilakukan.

Mohd Radzi berkata kenyataan itu memberi isyarat kepada ahli dan bahagian bahawa mereka bebas menentukan siapa juga yang layak untuk dicalonkan.

Timbalan Ketua Wanita Umno Perak Datuk Dr Rosnah Kassim pula berkata kenyataan Najib sebenarnya sudah lama dinantikan oleh ahli akar umbi yang mahu hak mereka menentukan pemimpin dikembalikan.

Katanya peralihan kuasa itu dilihat menggambarkan pemimpin mahu menentukan tempoh berkuasa sedangkan hak itu sebenarnya di tangan ahli kerana mereka yang berhak mencalon dan memilih pemimpin.

Comments»

1. Pinkturtle - September 13, 2008
2. MAT - September 14, 2008

Pilihanraya CEPAT…….HIDUP….PKR.
KERAJAAN SEKARANG membuat RAKYAT MALAYSIA/ORANG KAMPUNG seperti kami SENGSARAAAAAA..
>>>>barang dah naik >>> TAK akan turun lagiii…
MATAWANG dah tiada NILAiii, TOLONG KAMI SEMUA,!!!
PAK LAH HANCURKAN EKONOMiiii NEGARA TERcinta..
>>>> HIDUP ANUAR..ALLAH H’BAR aminn

3. norseman - September 16, 2008

Jika ikut formula R A H M A N dulu memang DSAI tidak akan jadi PM. Sbb A selepas Tun Mahathir dulu sepatutnya beliau yang jadi PM tapi Allah Maha Berkuasa. A Abdullah tiba-tiba menjadi PM. Tapi sayang A yang ini memang tidak perform dengan baik. Kalau Pengurus Bolasepak dalam EPL memang lama dah kena buang.Jadi kita tunggu dan lihat sama ada formula ini akan jadi kenyataan atau pun tidak jika N adalah Najib yang akan jadi PM? Ataupun akan ada N yang selain daripada Najib yang akan naik? NALLAKURAPAN mungkin atau NG YEN YEN? he he he he hanyalah ramalan seperti RAMALAN CUACA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: