jump to navigation

3 ditahan ISA ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan September 13, 2008

Posted by nikmj in islam, malaysia today, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Polis telah menahan seorang ahli politik pembangkang, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan dalam satu operasi mengejut ketika pihak pembangkang merancang untuk mengambil alih kuasa.

Ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, yang turut digunakan sebelum ini, ke atas mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 04Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional – yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa – merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.

“Apakah Malaysia kini dicengkam satu lagi kegilaan ISA, sepertimana Operasi Lalang 21 tahun lalu apabila ramai yang ditahan di bawah ISA dan tiga akhbar ditutup?” kata ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut ditahan dalam operasi tahun 1987 itu.

Blogger terkemuka Malaysia dan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merupakan yang pertama ditahan di bawah ISA tengahari semalam.

Kemudian, Tan Hoon Cheng, wartawan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ditahan malam tadi selepas melaporkan kenyataan seorang pemimpin Umno yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini.

Laporan Tan telah mencetuskan pertikaian yang hebat dalam gabungan Barisan Nasional yang dianggotai parti-parti komponen yang berasaskan kaum. Umno – selaku tulang belakang BN – terpaksa bertindak menghukum pemimpin berkenaan.

tan hoon cheng 04 120908“Rakan-rakannya (Tan) dari SinChew Daily terperanjat dengan penahanannya,” kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan. 

Sin Chew Daily akan berpegang teguh kepada pendirian editorial kami,” tambahnya.

Sementara itu, Teresa Kok, seorang ahli Parlimen dari DAP – sebuah parti dalam barisan pembangkang – Pakatan Rakyat – juga turut ditahan di bawah ISA.

Sementara tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenainyha, Teresa berdepan dengan dakwaan yang beliau telah mengadu bunyi bising pembesar suara dari sebuah masjid di Puchong. 

teresa kok modern pig farm 150408 talkingTeresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu “tidak masuk akal”.

ISA yang ditentang oleh badan-badan hak asasi manusia supaya dimansuhkan, membolehkan seseorang itu ditahan selama dua tanpa bicara dan boleh dilanjutkan tempohnya setiap dua tahun berikutnya. Ia biasanya digunakan untuk menahan suspek keganasan.

Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk mengambil kuasa minggu depan, mengecam tindakan menggunakan ISA sebagai “kejam dan tiada justifikasinya”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai melancarkan operasi penahanan tersebut untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Umno.

Beliau semakin berdepan dengan desakan dari pemimpin-pemimpin parti tersebut supaya melepaskan jawatannya lebih awal daripada yang dijanjikannya – untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada pertengahan tahun 2010.

Surat tunjuk sebab

Sementara itu, Pusat Wartawan Bebas (CIJ) berkata operasi penahanan tersebut “mempunyai persamaan yang membimbangkan dengan Operasi Lalang pada 1987” di mana berpuluh-puluh aktivis, artis, ali akademik dan ahli politik telah ditahan.

“Kedua-dua insiden itu adalah sama kerana ianya ada kaitan dengan krisis politik yang melanda Umno, tetapi dimanifestasikan oleh kerajaan sebagai dakwaan ketegangan kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga akhbar – Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sundan akhbar rasmi PKR – Suara Keadilan – juga telah diberi surattunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Ketiga-tiganya mendapat surat tunjuk sebab itu dari kementerian dalam negeri, yang meminta mereka menjelaskan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka atau berdepan dengan tindakan digantung penerbitan.

Untuk berita selanjutnya, klik pautan ini…

Comments»

1. malignant - September 13, 2008

setuju setuju………..agree agree agree!
ini semua tactic BN lah! baru kau orang tahu ke??

2. anggerik tari - September 13, 2008

Di saat malapetaka dan bencana alam menerjah ke pelusuk dunia , di saat itu jugalah kebangkitan kuasa-kuasa besar politik mencari pengaruh bagi menyokong mereka walhal yang terang lagi bersuluh senario politik pada hari ini banyak mengundang padah daripada membina akidah . Sekalipun malaysia dalam jangka masa ini ditawan oleh pemimpin agung eloklah kiranya masyarakat berganding bahu membuka mata menerima anjakan paradigma yang benar-benar logik .Kiranya peralihan kuasa yang bakal terjadi nanti akan menimbulkan huru hara yang akan menyengsarakan rakyat, maka dengan itu samalah berdoa kepada YANG MAHA ESA. Walau rakyat ramai lagi yang buta IT akan tetapi mereka tidaklah buta hati..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: