jump to navigation

The Sun, Sin Chew Daily, Suara Keadilan diberi tempoh seminggu oleh KDN atau ditarik permit September 12, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Tiga akhbar bekenaan ialah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun; akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi PKR,Suara Keadilan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Unit Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Che Din Yusof ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, pihak kementerian mengeluarkan surat tunjuk sebab tersebut semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga akhbar berkenaan diberi masa seminggu untuk menjawabnya.

Menurutnya, surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada akhbar the Sunkerana didakwa “memanipulasi dan memainkan banyak isu-isu sensitif”.

Manakala Sin Chew pula diberi surat tunjuk sebab kerana melaporkan kontroversi kenyataan berbaur perkauman membabitkan pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail.

Katanya, Suara Keadilan pula menerima surat tunjuk sebab berhubung laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan lumpuh selepas menjalani pembedahan jantung.

Mengikut undang-undang, menteri dalam negeri mempunyai hak budibicara untuk menggantung atau membatalkan permit penerbitan jika mereka gagal memberi penjelasan yang memuaskan.

Semalam, menteri berkenaan, Datuk Syed Hamid Albar berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada beberapa buah akhbar yang lebih menjurus untuk menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat, tetapi tidak menamakan akhbar-akhbar tersebut.

Menurutnya, KDN juga mengeluarkan surat peringatan kepada semua pengamal media di negara ini supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan. 
    
Syed Hamid berkata, surat peringatan itu dikeluarkan sejurus selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menarik balik sekatan terhadap beberapa laman web  termasuk “Malaysia Today” hari ini.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: