jump to navigation

Raja Petra kena tahan ISA September 12, 2008

Posted by nikmj in mstar, news.
Tags: , , ,
trackback

Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi. Menurut isterinya Marina Lee Abdullah, kira-kira 10 orang anggota polis telah datang kerumah dan menangkap Raja Petra lebih kurang pukul 1.10 tengahari tadi.

Sementara itu  Malaysia Today melaporkan :

Today (12 Sep 2008) at 1.10pm the police came to RPK’s house and arrested him under Internal Security Act section 73(1). They ransacked RPK’s bedroom and took away some documents and CDs.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

Perkara tersebut disahkan oleh isterinya, Marina Lee Abdullah ditahan di bawah Seksyen 731 Akta ISA, yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari.

“Dia ditahan oleh 10 sepuluh orang anggota polis dihadapan rumah kami (di Sungai Buloh) pada jam 1:10 petang tadi,” katanya kepada The Star hari ini. 

Jelasnya, polis membawa suaminya meninggalkan rumah mereka pada jam 1:50 petang.

“Tapi saya tidak tahu ke mana mereka membawa dia,” katanya.

Tambah Marina, polis turut merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer dalam bilik mereka.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Hamid Albar yang dihubungi Bernama berkata tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya.

Semalam, kerajaan menarik balik sekatan terhadap mana-mana laman web termasuk “Malaysia Today” berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata langkah itu diputuskan Kabinet semalam bertujuan untuk terus menggalakkan rakyat negara ini menggunakan kemudahan internet atau lawan web sebagai saluran penyebaran maklumat.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen Raja Petra dalam artikel yang bertajuk “I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim” didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam laman webnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk “Not all Arabs are descendants of the Prophet”.

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.

ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun – dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya – dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.

Untuk berita selanjutnya, sila klik pautan ini …

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: