jump to navigation

PAS buat laporan polis, dakwa Khir Toyo buat kenyataan perkauman tentang isu Azan September 11, 2008

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news.
Tags: , , ,
trackback

Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

siti mariah mahmudDr Siti Mariah juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kerusi Kota Raja.

Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

khir toyo 181207Katanya, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor‘ pada 9 September lalu.

Dr Siti Mariah berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka tindakan sewajarnya diambil ke atas bekas menteri besar Selangor itu kerana didakwanya menabur fitnah dan menghasut.

Menurutnya, perbuatan tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh membangkitkan pergeseran antara agama dan bangsa di Malaysia.

Beliau juga juga memint pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas blog pembelamelayu.com yang didakwanya telah menyiarkan berita palsu berhubung perkara yang sama.

Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau merujuk kepada hansard/kenyataan persidangan, untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut, ternyata kesemua dakwaan tersebut tidak benar.

Katanya, perkara itu telah menjadi percakapan rakyat umat Islam dan pihak polis perlu bertegas sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Comments»

1. bob marley - September 11, 2008

a’kum dato.
saya ingin bertanya dgn datok atas dasar perjuangan yang dato pegang sedangkan rakyat sudah mengetahui parti yg dato wakili mempunyai banyak masalah berat. dulupun saya sokong parti dato juga tetapi sekarang saya terpaksa fikir semasak masaknya di manakah hala tuju pegangan seseorang. kita sebagai orang islam wajib merujuk kepada kitab al-qur’an sebagai panduan. jangan jadikan kedudukan kita membuat kita lupa dua kalimah syahadat.
dan juga suatu ketika yang malaikat maut datang. adakah dato bersedia? maaf jika terkasar. salam ramadhan dan selamat aidil fitri.

2. MAT - September 14, 2008

INGGATIII….DUNIA HANYA SEMMEN.TARRAA…

3. lahardz - September 15, 2008

jangan tengok parti. tengok perwakilan yang kita pilih tu jaga tak agamanya, sedia kah dia memikul tanggungjawab mentadbir rakyat ni yang macam2 kehendaknya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: