jump to navigation

Ahmad lebih wajar dikenakan ISA – Nik Aziz September 11, 2008

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , ,
trackback

Malaysiakini melaporkan Tuan Guru Nik Aziz telah mengatakan yang tindakan MT UMNO menjatuhkan hukuman menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail sebagai tidak wajar.

Ini adalah kerana isu perkauman yang dinyalakan oleh Datuk Ahmad Ismail itu isu nasional dan bukan kepartian. Isu nasional mestilah ditangani oleh kerajaan dan bukan parti.

Dengan bertindak demikian, Pak Lah sekali lagi mengiakan telahan masyarakat antarabangsa yang beliau harus meletakkan jawatan sebagai PM secepat mungkin kerana kredibiliti beliau kini menjadi persoalan dan semakin tercemar.

TGNA juga berkata ala menyindir yang sepatutnya tindakan ISA diambil keatas Ahmad dengan membandingkannya dengan ‘orang lain’ yakni rakyat Malaysia biasa yang tidak menyokong kerajaan. Tambah beliau lagi, tindakan lembut kerajaan Pak Lah seolah-olah nampak macam ‘pilih kasih’ dalam menangani isu semasa.

Berikut adalah keratan dari Malaysiakini :

Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan.
    
“Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih,” katanya.

Nampaknya kebanyakan rakyat Malaysia pun boleh perasan yang tindakan KERAjaan BN dalam isu ISA ini memang pilih kasih. Hanya mereka yang contra KERAjaan sahaja akan dikenakan ISA, manakala yang pro KERAjaan pulak hanya digantung keahlian parti.

Ini bukan kali pertama keputusan pilih kasih berlaku. Jangan lupa kes demonstrasi jalanan anjuran UMNO tanpa permit polis tiada tindakan, demonstrasi pelajar UiTM membantah isu kuota pun tiada tindakan, bloggers (pembelamelayu.com, barkingmagpie.blogspot) mencarut memaki hamun isu perkauman tiada tindakan, menerbitkan video lagu negarakuku menghina negara tiada tindakan, demonstrasi UMNO memanggil Agong menatang diTerengganu tiada tindakan, dan macam-macam lagi.

Sudah terang lagi bersuluh yang KERAjaan BN sekarang memang tidak mampu menjadi pemimpin negara lagi. Insaf dan terimalah hakikat wahai koruptor semua. Lawan tetap lawan.

Hanya Malaysia Baru menjadi harapan rakyat jelata. Hidup Pakatan Rakyat!!!

Comments»

1. malignant - September 13, 2008

dah la tu tentang kredibliti pak lah………..dia tu tak ada langsung! semua salah siapa? mahathir lah………karang orang tu nak kacau lagi tentang politik pulak!

2. ghostrider - September 17, 2008

HIDUP!!!!!!!!!!!!!!!!!! TUAN GURU!!!!!!!!!!! BETUL APAYG DI KATAKAN OLEH TUAN GURU !!!! JADI UMNO JGN PANDAI -PANDAI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI !!!!!!!!!!!! NEGARA DEMOKARASI APA NI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: