jump to navigation

Anwar akan hadir dimahkamah pagi ini September 10, 2008

Posted by nikmj in mstar, news.
Tags: , , ,
trackback

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar lagi dengan pasukan peguamnnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Peguamnya, Sankara Nair berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.

“Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).

“Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.

Anwar dijadual berada di mahkamah pada pukul 9 pagi ini.

Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000. 

Kes itu akan disebut semula hari ini dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: