jump to navigation

Pakatan Rakyat bantah kenyataan Ahmad, sifat sebagai politik perkauman sempit September 9, 2008

Posted by nikmj in mstar, news.
Tags: , , ,
trackback

Pakatan Rakyat hari ini membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menyentuh sensitiviti kaum semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, bulan lalu yang disifatkan mereka sebagai pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan akhbar bersama oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di sini, turut menyelar pendekatan itu yang sengaja digunakan untuk memecah belahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

“Sehubungan itu kami membantah ucapan yang dibuat Datuk Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin Umno Pulau Pinang.

“Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman Umno yang sebenarnya hanya bertujuan untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik mereka untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Pakatan Rakyat turut mengulangi pendiriannya menjunjung prinsip-prinsip yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain.

Ia juga termasuk kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang dijamin oleh Perlembagaan.

Pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Comments»

1. aberamly - September 9, 2008

PERKAUMAN LUAS NI DEK… SEBAB DAPAT PUBLISITI DAN SEMUA ORANG TAHU. POKOKNYA INI KERANA DIA ORANG SEDANG MESYUARAT AGONG. BILA HABIS NANTI MEREKA OK BALIK TU…. INI NAMANYA RIBUT DALAM CAWAN KOPI AJE. NAK CARI ISU DAN NAK JADI HERO… APA LAGI DUA SAJA – NAK ISU KAUM ATAU KONONNYA BENCI ISU KAUM TAPI DALAM OTAK TU PERKAUMAN DAN TIPU MUSLIHAT UNTUK MENGUASAI SATU SAMA LAIN. TAU TAK PA. DAH2 TUA TU BIJAK LAH SIKIT BERPOLITIK! SALAM aberamly.wordpress.com

2. Pak Ulong - September 10, 2008

Kalau benar Pakatan Rakyat kesal dengan apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail maka saya secara peribadi minta Saudara Anwar jangan sesekali menerima kemasukan Ahmad Ismail kedalam KeADILan jika sekiranya UMNO mengambil tindakan pada dia. Saya tau Saudara Anwar mempuyai hubungan yang erat dengan Ahmad Ismail semasa dalam UMNO. Oleh kerana Saudara yang keluarkan kenyataan ini maka seharusnya saudara jangan biarkan pemimpin yang meyuarakan isu perkauman berada bersama sama saudara untuk memperjuangkan keadilan yang sejati.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: