jump to navigation

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat September 9, 2008

Posted by nikmj in anwaribrahimblog, General, news.
Tags: , ,
trackback

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan RakyatMesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan RakyatMesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan RakyatMesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

8 September 2008

Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini, 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

Comments»

1. aberamly - September 9, 2008

BILA PULAK LIM KIT SIANG TAK PERKAUMAN? DAP BERBAGAI KAUM KONON TAPI BERAPA ORANG BUKAN CINA DAPAT JAWATAN TINGGI? BERAPA BANYAK KIT SIANG PEJUANG NASIB MELAYU MISKIN? SEKOLAH MELAYU? SEKOLAH AGAMA? JANGANLAH NAK MAIN POLITIK KAMPONG… MENITI ATAS MATA KAPAK. HANYA SEKINDUNG DIDAUN LALANG SEHELAI. MUKA TUTUP BONTOT BAMPAK TUNGGENG! SEDARLAH BANGSAKU… LIHAT SINGAPORE APA BERLAKU… ITU ASALNYA TEMASEK DAN ADA KESULTANANNYA… PATANI ADA SULTANNYA, MORO DLL! JANGANLAH NAK BERPOLITIK KULIT BAWANG- NIPISNYA HUJAH BAHAWA TAK MAU PERKAUMAN! KITA TEGAK ATAS KAUM. KALAU TAK MAU PERKAUMAN KENAPA DAP, PAS, PKR TAK DUDUK DALAM SATU PARTI SAJA? SATU PRESIDEN IAITU PAKATAN RAKYAT… LAIN2 BUBUARLAH. HIPOKRIT SIKIT2 SUDAHLAH….

2. Pak Ulong - September 10, 2008

Memang lah benar selama ini pun rakyat tau bahawa ramai yang jadi kaya raya pabila masuk parti pemerintah tak kira la UMNO<MCA MIC atau yang lain lain. Namun apa yang pasti adakah pabila Pakatan Rakyat ambil alih pemerintah gejala seperti ini takan berlaku? Apakah hasil elaun selaku ADUN dapat menampung segala keperluan untuk menjaga kawasan. Kalau diikutkan juga apa yang semua wakil rakyat dapat pada ketika ini ianya adalah satu jumlah yang memang tak mencukupi bagi menampong pembelanjaan harian Ahli Yang Berhormat justeru itu pabila kepimpinan negara bertukar tangan maka akan berlaku lah apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. Sehingga sekarang saya belum nampak seorang pemimpin pun yang iklas nak menolong rakyat (Kecuali NIK AZIZ) Setiap pemimpin yang ada hanya mempunyai matlamat peribadi sendiri sahaja.Malaysia adalah sebuah negara yang kaya maka itu lah semua pemimpin politik berebut rebut untuk menjadi pemerintah agar senang hasil negara dapat dibolot. Tiada prinsip dalam perjuangan. Tengok saja idologi DAP dan PAS yang terang terang bertentangan antara satu dengan yang lain. Oleh kerana ada ruang untuk berkuasa maka sangup mereka duduk semeja dan mengenepikan idologi sendiri. Rakyat jangan lah tertipu lagi. Cukup pemimpin Barisan Nasional (termasuk Anwar Ibarahim) merompak harta negara. Jika iklas perjuang Pakatan Rakyat tukar sistem yang diguna pakai sekarang. Lantik mereka yang arif dalam bidang tertentu untuk menjadi menteri yang bukan terlibat dengan mana mana parti politik.

3. izzul - September 21, 2008

betullllllllllllll


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: